Tuesday, March 12, 2019

Fungsi QASEH GOLD

BAGAIMANA QASEH GOLD BERFUNGSI?

.
1. Anti Oksiden
Pengambilan makanan kaya antioksidan mampu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. Kajian dari Physician’ Health Study mendapati pengambilan antioksidan yang berterusan mampu menurunkan risiko terhadap penyakit kanser, mencegah penyakit jantung, memberi kesan antipenuaan, menguatkan sistem imun, melindungi sistem saraf, menjaga kesihatan mata.
.
2. Karbohidrat
Karbohidrat memiliki peranan yang penting kepada tubuh badan anda. Ia memberikan tenaga untuk menjalankan proses-proses harian tubuh badan anda dan juga merupakan sumber utama kepada otak. Ia juga merupakan sejenis karbohidrat yang membantu melancarkan sistem pencernaan anda dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
.
3. Asid Amino
Asid amino ni adalah unit asas bagi protein. Secara ringkasnya, protein pula merupakan bahan asas bagi pembentukan badan kita yang mana terdapat di tulang, kulit, rambut, otot.
.
4. Mineral
Mineral adalah perlu bagi pengangkutan oksigen, metabolisme tenaga, pertumbuhan, dan perlindungan sel dan saraf. Mineral membantu dalam proses pencernaan dan menjadi pemangkin untuk banyak hormon, enzim, dan fungsi badan yang penting dan reaksi. Mineral membantu dalam menggantikan elektrolit yang hilang melalui peluh berat atau cirit-birit. Mineral juga melindungi terhadap reaksi toksik dan keracunan logam berat.
.
5. Serat
Ahli kesihatan percaya bahawa bermula di usus besar, dan membekalkan tubuh anda dengan serat yang cukup setiap hari adalah penting untuk fungsi usus dan usus besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan ringan.
.

Dapatkan produk kami secara Walk-in di HQ atau dari agent-agent sah ANA EDAR supaya kualiti produk terjamin.
.

Call: 0132892820

#anaedar_stokisKluang

Friday, October 5, 2018

5 TIPS KURANGKAN MASALAH SENGGUGUT

Apa itu senggugut (PMS) ?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Senggugut (PMS) adalah himpunan simptom fizikal, psikologi dan emosi yang berkait dgn kitaran haid wanita. Dianggarkan 80% wanita pada usia boleh mengandung, mempunyai sebahagian simptom PMS ini. Simptom sedemikian biasanya boleh di jangka dan berlaku secara tetap semasa 2 minngu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. 

Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

Senggugut merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi dua simptom paling menonjol adalah mudah terganggu dan ketegangan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. 

Simptom :
1. Murung
2. Perut kembung
3. Kejang perut
4. Payu dara bengkak atau sensitif
5. ketegangan atau bimbang (anxiety)
6. Masalah tidur (insomnia)
7. Sakit sendi atau otot
8. Pening kepala
9. Lesu
10.Jerawat
11.Hayunan perasaan (Mood swings)
12.Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.


sumber : rahsia wanita dan majalah rapi











Salam Jumaat!

Salam Jumaat kepada rakan-rakan FB semua.

Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.


Thursday, September 27, 2018

TIPS ANAK KEKAL CERGAS DAN SIHAT

Assalamualaikum.
Alhamdulillah di kesempatan ini Yus ingin berkongsi dengan sahabat semua untuk pastikan anak-anak kekal sihat. Boleh ikuti 6 TIPS ANAK KEKAL CERGAS & SIHAT di bawah ya. 😀


Sarapan adalah penting bagi memastikan anak bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan biasanya akan mudah berasa penat


Jadikan membasuh tangan sebagai rutin kerana ia merupakan tempat yang paling banyak mengandungi bakteria. Ajar anak cara membasuh tangan yang betul dengan menggunakan air dan sabun.


Makanan yang dibeli di kantin sekolah biasanya mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang tidak sihat untuk tumbesaran kanak-kanak. Jadi luangkan sedikit masa untuk menyediakan bekal sihat untuk anak anda ke sekolah.


Biasakan anak-anak membawa sebotol bekas air masak ke sekolah. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga ke otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak anda menjadi cerdas dan pintar. selain memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.


Latih anak untuk tidur secara teratur setiap hari pada waktu yang sama setiap malam. Ini dapat membantu anak untuk lebih berdisiplin serta lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit


Cara terbaik memastikan anak-anak mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup selain dari pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan supplemen tambahan.Antaranya makanan tambahan yang mengandungi ekstrak kurma, vitamin C, ekstrak ginkgo biloba, DHA, ekstrak za’faran, esktrak delima, dan banyak lagi.

Best kan bila kita lihat perkembangan yang baik kepada anak-anak lebih-lebih lagi sekiranya mereka sihat sejahtera.

Alhamdulillah..ramai ibu bapa yang telah bertukar kepada QASEH GOLD JUNIOR untuk bekalan nutrien anak-anak mereka.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi pihak kami seperti di bawah.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qaseh gold Junior
Johor
013-289 2820
Facebook : Yusnorsyazana Mohd Yunos
FB Page : Qaseh Junior For Kids

Tuesday, September 25, 2018

TIPS KAWAL GASTRIK

GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA

Hari ini Yus nak kongsikan dengan sahabat semua punca penyebab Gastrik dan tips-tips untuk mengawalnya.

Jom scroll ke bawah.

⚠ANTARA PENYEBAB GASTRIK:
1. Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
2. Penyalahgunaan minuman alkohol.
3. Merokok
4. Stress
5. Kurang tidur/rehat
6. Jadual makan yang tidak teratur dan makanan tidak berkhasiat
9. Obesiti.
7. Pengambilan ubat tahan sakit (jenis NSAID) yang berterusan.
8. Bercinta (makan tak kenyang, tidur tak lena). #gurau.

⚠TIPS-TIPS UNTUK KAWAL GASTRIK :









⚠BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Jika dah makan ubat farmasi dan masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut.
2. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.
3. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan.
4. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut.

Jika tuan/puan perlukan konsultasi bagi mengawal Gastrik dengan bantuan Qasehgold, hubungi kami seperti di bawah.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820
FB : Yusnorsyazana Mohd Yunos

SELAMAT MAJU JAYA ADIK-ADIK!


SELAMAT MAJU JAYA
Buat semua calon UPSR di seluruh Malaysia.

Usaha + Doa + Tawakal