Tuesday, October 24, 2017

TIPS MANFAATKAN CUTI

Assalamualaikum..
Ada di kalangan sahabat pembaca yang suka CUTI? (read : bukan pergi bercuti tau)
Kadangkala di tengah minggu pun akan ada cuti yang terselit kan? Atau di hujung minggu sebelum cuti hujung minggu itu sendiri (seperti hari khamis ini Johor cuti) Maka kami ada 3 hari cuti *termasuk cuti hujung minggu.

Apa yang mahu di buat sepanjang cuti 3 hari ni?
Haaaa..Yus ada cadangan. Apa kata ikuti aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bercuti nanti seperti di bawah :-


1. Lakukan Aktiviti Bersama Keluarga

Bagi mereka yang jarang-jarang pulang ke kampung bersama keluarga, nah! ketika cuti inilah merupakan peluang keemasan yang Allah beri untuk kita meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga. Kita boleh buat Family Trip atay Family Day Trip ke tempat-tempat rekreasi dan lain-lain kawasan yang mendamaikan serta boleh membuatkan seisi keluarga lebih ceria. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah pergi ke Zoo, Taman rama-rama, Taman Tema Air, atau berkelah di tepi tasik/pantai. Best kan?


2. Aktiviti Bersama Kawan

Percutian yang dirangka tentunya menjadi lebih bermkna apabila dilakukan bersama teman tersayang. Tidak kira bersama keluarga, mahupun rakan-rakan. Jika sebelum ini anda tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersantai bersama mereka..Waktu cuti ini adalah waktu yang sangat sesuai! Percutian reunion bersama rakan-rakan juga boleh dilakukan dengan aktiviti seperti backpacking, camping, aktiviti sukan air, memancing, mendaki gunung dan sebagainya.


3. Membudayakan Aktiviti Ilmiah

Jadikan cuti kita lebih bermakna dengan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang insan yang berilmu. Mengikuti aktiviti-aktiviti ilmiah dan kerohanian seperti usrah, menghadiri konferens, ceramah-ceramah motivasi/agama mahupun membaca pelbagai bahan ilmiah. Walau bagaimanapun bahan ilmiah tidak menjurus kepada satu-satu bidang sahaja. Andai kita mengambil bidang Senibina, apa salahnya untuk mengetahui tentang dunia masakan, ilmu hadith, akaun, kejuruteraan, kesihatan dan sebagainya.

4. Memasuki Kursus Jangka Pendek

Kursus jangka pendek ini berfungsi untuk mengajar masyarakat mengenai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Antara kursus jangka pendek (yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang) adalah seperti kursus menjahit, kursus asas komputer, menggubah bunga dan sebagainya yang tidak terdapat di dalam silibus pelajaran di sekolah mahupun dipelajari di Universiti.


5. Menyertai Program Khidmat Masyarakat

Ada sesetengah dari kita yang gemarkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan social skill. Sekiranya anda gemarkan aktiviti sedemikian, di luar sana terdapat pelbagai NGO yang boleh kita daftar sebagai sukarelawan. Program khidmat masyarakat in boleh juga dilakukan bersama keluarga dan kita boleh jadikan ia sebagai sebahagian pendidikan untuk anak-anak lebih menghormati alam dan masyarakat sekeliling.


6. Berkebun Menyihatkan Badan

Walaupun hanya sedikit sahaja tanah yang terdapat di kawasan rumah, namun ia juga boleh dijadikan sebagai ruang comel untuk kita berkebun. Kita boleh mengajak ahli keluarga untuk turut sama beriadah dengan menanam pokok ataupun mengenali unsur-unsur tanah dan alam.


7. Shopping @ Window Shopping!

Haaaa...kali ni amat best! Yus suka berjalan di dalam shopping mall. Bukan untuk membeli belah tetapi untuk mencuci mata. Cuma bila keluar dengan anak-anak, sediakan sahaja duit mainan mereka (oh ini yang rasa x jadi nak keluar) hihihi..Tetapi bagi orang yang suka berjalan-jalan melihat ragam orang, di shopping mall adalah tempat yang tepat! Bukan sahaja ia dapat riadah mata, tetapi ia juga dapat membentuk hati supaya lebih kuat! (supaya jangan shopping...ye la tu)

Ok, panjang pula kita celoteh, Selamat bercuti semua!

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820

Bagi khidmat konsultasi kesihatan dengan produk Qasehgold, boleh hubungi yus ya.
Agen Dropship juga diperlukan.

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH