Thursday, November 16, 2017

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK

Assalamualaikum..
Kali ini yus nak kongsikan kepada semua berkenaan bagaimana kita sebagai ibu dan ayah yang bekerja (keletihan setelah pulang dari kerja) dan menghadapi anak-anak yang sedang membesar.

Adakalanya mereka akan terus menerpa kita untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan seharian ini. Ataupun perkara suka duka mereka seharian di sekolah ataupun di rumah pengasuh.

Adakah kita sebagai ibu ayah hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka ataupun kita memarahi mereka di saat mereka memerlukan kita.

Anak-anak ini suka menunjukkan setiap apa yang mereka alami dan lakukan.

Kita sebagai ibu ayah perlu memainkan peranan untuk mereka rasa lebih dihargai dan menjadi bukan sebagai ibu bapa sahaja tetapi sebagai kawan untuk mendengar cerita mereka








👨‍👩‍👧Saat anak sedang berbicara kepada anda, tataplah matanya dengan kasih sayang sehingga anak merasa di perhatikan ceritanya.
👨‍👩‍👧Jadikan anak-anak sebagai sahabat yang boleh menjadi tempat mereka cari setiap masa.
👨‍👩‍👧Jika tidak gemar atau kurang bersetuju dengan cerita anak,jangan terus melenting. Beri contoh serta penjelasan kepada mereka.
👨‍👩‍👧Disaat anak sedang emosi dan sulit bicara, jangan paksa anak untuk terus bicara.
Seronokkan kalau anak selalu mencari kita dalam apa jua keadaan. Terasa diri sangat penting dalam hidup mereka. Sangat banyak isu dalam mendidik yang perlu kita kongsi bersama.
Jadi, nantikan satu seminar dari kami yang bakal merubah 100% gaya didikan ke arah lebih baik yang membuatkan anak anda lebih sayang dan suka bantu anda tanpa disuruh.
Terima kasih kerana membaca.

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH