Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan nikmat dariNYA, dapat saya mencoret sepatah dua kata sebagai salam perkenalan dari saya..InsyaAllah..
Nama yang diberi oleh kedua ibu-bapa saya ialah YUSNORSYAZANA BT MOHD YUNOS. Saya merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor.
Mendapat pendidikan awal di Tadika KEMAS Kluang dan seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar. Setelah tamat UPSR, saya meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Kluang. Di dalam pendidikan menengah ini, saya banyak menceburkan diri di dalam aktiviti seni seperti pertandingan lukisan, pameran lukisan, kelas tembikar dan juga batik. Aktiviti seni saya tidak berhenti setakat itu, setelah tamat Kolej Matrikulasi di Tangkak Johor saya mendapat panggilan kemasukan ke universiti di dalam jurusan Senibina.
Maka bermulalah episod ‘ke arah menjadi seorang arkitek’. InsyaAllah..
Selama 5 tahun pengajian (2004-2009) di Universiti Teknologi Malaysia, saya banyak menceburkan diri di dalam pelbagai aktiviti termasuklah kelab Architech, orkestra, dan juga pertukaran pelajar ke Nationale Superiure Architecture Paris de La Villate.
Kini saya bekerja sebagai seorang arkitek di agensi Badan Berkanun Kerajaan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sejak 16 Oktober 2009. Menceburkan diri di dalam bidang kejuruteraan senibina yang banyak dimonopoli oleh golongan lelaki, ia tidak mengganggu gugat kewibawaan saya sebagai seorang wanita kerana itulah kerjaya yang saya minati serta ia merupakan satu cabaran kepada saya. Bidang senibina ini banyak membawa saya ke suatu 'alam lain' yang sukar ditakrifkan. Penuh dengan khayalan dan ditambah realiti yang perlu diambilkira. Sangat seronok dan berwarna-warni.
Warna-warni kehidupan saya bertambah apabila saya mendirikan rumahtangga pada 12 Februari 2011 bersama jejaka pilihan bernama Mohd Syawal bin Mohamed Abdul Fatah. Hasil perkahwinan ini, kami dikurniakan seramai dua orang cahaya mata bernama Muhammad Hasif dan Muhammad Hayyan. Bekerja di dalam sektor Awam ini banyak membuatkan saya mendapat lebih masa untuk anak-anak. Walaupun begitu, kehidupan sekeluarga saya masih belum lengkap kerana saya dan suami merupakan pasangan ‘perkahwinan jarak jauh’. Anak-anak hanya boleh berjumpa dengan papa mereka di hujung minggu sahaja. Itu pun sekiranya suami saya tiada apa-apa aktiviti di hujung minggu.

Di sini lah bermulanya saya memikirkan untuk maju selangkah ke hadapan. Ini kerana saya pernah menghadiri satu seminar kewangan dan dimaklumkan sekiranya mahu menjadi seorang surirumah yang bekerja di rumah, saya perlu mempunyai wang simpanan (seperti setahun bekerja). Maka, Saya membuat kerja-kerja tambahan di luar waktu bekerja seperti membuat perkhidmatan merekabentuk ruangan dalaman rumah, pejabat, makmal komputer dan lain-lain lagi dalam bentuk 3D. Selain itu, saya juga membuat cenderahati bayi dan menjual produk-produk makanan sunnah yang kini telah memberikan saya pendapatan pasif pada setiap bulan. Alhamdulilah.
Alhamdulillah..saya dipertemukan dengan sahabat-sahabat maya yang banyak menyokong untuk menjadi surirumah sepenuh masa yang boleh menjana pendapatan hanya dari rumah. Saya amat berharap agar dapat mencapai impian nan satu itu iaitu untuk menjaga anak-anak di samping suami di samping membantu suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga.
InsyaAllah saya akan berkongsi sedikit demi sedikit ilmu yang ada ini bersama semua. Saya juga sentiasa membuka peluang kepada pembaca/rakan blog sekiranya mahu mendapatkan pendapatan pasif bermula modal RM 22 sahaja (minimum) sehingga RM690 bolehlah hubungi yus ya!
Semoga bertemu kembali di entri yang lain ya!
:: QASEH sayang bermula dari rumah ::

Penulis : Yusnorsyazana Mohd Yunos
Whatsapp : 013-2892820
email : cutiecolour@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima QASEH