Thursday, January 7, 2016

HIKMAH SOLAT DHUHA

[SOLAT DHUHA]
.
Mula-mula buat untuk dapat rezeki.
Lama-lama buat untuk dapatkan Allah.
.
Bila dapat Allah bermakna mendapat Pemberi Rezeki.
===================================
Satu kisah saya teringat mengisahkan tentang seorang Raja dan 3 orang menteri. 
.
Raja tersebut mempunyai seorg menteri favourite nya drpd 3 org menteri itu. Lalu membuatkan 2 org menteri lagi jealous. 
Untuk mengelakkan hasad dengki lalu raja tersebut pun membuat satu pertandingan untuk memberitahu secara tidak langsung mengapa dia begitu menyukai menteri yang sorg ini.
.
Raja tersebut membuat pertandingan masuk ke dalam bilik hartanya dan memberi arahan
"dalam masa 3 minit semua benda yang kamu sentuh dalam bilik ini akan jadi milik kamu" 
.
Apa lagi terbuntang luas mata menteri2nya. 

Lalu apabila masa bermula, lintang pukang kedua org menteri menyentuh harta dan duit yang berbukit di dalam bilik tersebut.
.
Namun yang peliknya menteri favouritenya langsung tidak berganjak dari tempatnya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat dua menteri lagi. 
.
Lalu raja pun bertanya pada menteri tersebut
"mengapa kamu tidak berlari mengambil harta dalam bilik ini? Pergilah pilih apa sahaja yang kamu suka"
.
Menteri kesayangannya itu pun lalu meletakkan tapak tangannya ke atas kepala raja itu. Kedua orang menteri yang sedang berlari berhenti melihat adengan pelik itu.
.
"Bukankah jikalau Tuanku menjadi milik saya, maka semua harta di dalam bilik ini juga milik saya?" 
.
Raja itu tersenyum puas kerana tujuan baginda telah pun tercapai. 
.
Ketika saya mendengar kisah ini saya terlopong, kerana saya selalu mengambil jalan panjang dan sukar untuk mendapatkan apa pun dalam kehidupan. Tetapi selalu alpa untuk mengambil 'hati' Pemilik segala-galanya. Inilah Short Cut nya!
.
Ingin mengetahui short cut dan formula lain untuk mendapatkan rezeki dan keberkatan dalam kehidupan untuk menjadi insan LUAR BIASA? 
Dapatkan Buku Hidup Luar Biasa !
.
.
.
(Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz)

credit to @Shuhada

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH