Tuesday, March 13, 2018

Dilema Ibu Bekerja Menyusukan Bayi

Dilema ibu bekerjaya selepas naik cuti bersalin.
Kerapkali yus dapat mesej bahawa ibu menghadapi kesukaran apabila naik kerja setelah cuti bersalin. Sama ada tiada sokongan dari pihak pentadbiran ataupun kekangan masa yang dihadapi sepanjang waktu bekerja.
.
Ya..apa yang terjadi di dalam urusan pentadbiran sememangnya tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan kepada ibu untuk terus menyusukan bayi. 
.
Apa yang ibu harus lakukan adalah :-
1) cari kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di kawasan berhampiran atau online (sekarang ni banyak betul whatsapp group sokongan ibu menyusu)
2) susun kembali jadual pemerahan susu ibu sepanjang waktu bekerja
3) menjaga emosi ibu supaya kekal positive (ok ni yus akui ia agak sukar tetapi ia boleh dilakukan dengan sedikit latihan berterusan)
4) buat perkara yang ibu suka lakukan (contohnya ibu suka kerja sambil menyanyi dan ia membuatkan ibu gembira sepanjang kerja, teruskan perasaan gembira itu)
5) Keep positive.. keep positive..keep positive
Kenapa?
Emosi ibu sangat berkait rapat dengan cetusan hormon oxytocin dan kesannya penghasilan Susu ibu akan lebih lancar.
MINDSET mesti betul.
Diiringi dengan D.U.I.T sebagai KUNCI KEJAYAAN.
D - Doa
U - usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal
Selamat menyusukan.
Salam sayang,
Yusnorsyazana
#Mama_SusuIbu

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH