Friday, May 15, 2015

Berita baik untuk IBU MENYUSU!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Adakah anda seorang ibu menyusukan si manja?

Kita semua maklum bahawa Susu ibu mmg diakui adalah yg terbaik utk si manja. Apabila ibu sihat bertenaga, penghasilan susu ibu akan lebih lancar.. jom cuba qaseh Gold Adinda kerana ia membantu:
✔️Pengeluaran susu lebih lancar
✔️Badan lebih segar dan bertenaga
✔️Menstabilkan emosi ibu
✔️Kualiti tidur ibu yang lebih baik
✔️Peredaran darah menjadi lebih lancar
✔️meningkatkan sistem imun


Ramuan istimewa dalam Qaseh Gold Adinda seperti kurma, habbatussauda, buah tiin merupakan makanan sunnah yang dipercayai dapat membantu ibu hanya yang terbaik untuk si manja.

Diceritakan dalam al Quran Ibu Nabi Isa Maryam makan kurma selepas bersalin.

Cuba sekarang! Perbezaan dapat dilihat dalam masa seminggu. Dan pasti sebagai ibu anda pasti tersenyum lebar!☺️☺️☺️

QASEH GOLD RAMUAN BIASA DENGAN KESAN LUARBIASA!!
Hubungi : 013-2892820
Yusnorsyazana
#KonsultanQasehGold

Thursday, May 7, 2015

Healing Crisis : Krisis Penyembuhan

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Pernahkah anda merasakan bahawa penyakit anda atau kesihatan anda menjadi semakin teruk setelah mengambil sesuatu produk tidak terkecuali QASEH GOLD ?
Mungkin anda mengalami 'HEALING CRISIS'..

Q : Apa itu 'healing crisis' atau dalam bahasa malaysia krisis penyembuhan?

  • Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan anda. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q : Mengapakan krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
  • Menurut Professor Yushio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses penyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersbeut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu keluar. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q : Adakah krisis penyembuhan satu petanda yang baik?
  • Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir bahawa simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangt baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q : Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?
  • Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
  • Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q : Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa ini berlaku?
  • Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :-
    • Tidak mengamalkannya setiap hari
    • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
    • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
    • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
    • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
    • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
    • Mengalami masalah emosi
TANDA-TANDA DAN PENYEBAB KRISIS PENYEMBUHAN
  • Sakit kepala yang melampau, Tekanan darah tinggi  (Petanda menyahtoksin)
  • Demam, tidak cukup rehat (Peningkatan metabolisma, Merangsang fungsi imunisasi badan)
  • Cirit-birit (Meningkatkan pergerakan sistem usus)
  • Najis berbau, Air kencing berbau (Petanda menyahtoksin, Menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus bersar bagi pembuangan yang lebih baik)
  • Kembung perut (Sistem penghadaman yang lemah)
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir (Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pemkumuhan)
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak (Fungsi paru-paru yang lemah)
  • Pendarahan hidung (Petanda kekurangan darah)
  • Rasa sakit pada otot dan sendi (Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit)
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian otot (Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah)
  • Tidur yang terganggu, Terlalu aktif (Sistem saraf yang lemah)
  • Kitaran haid yang tidak menentu, hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir, perubahan waktu kitaran haid , kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak (Fungsi hormon yang kurang baik)
  • Lapar, pening (Tekanan darah rendah, anemia)
  • Loya, sembelit, tersedu,  (Sistem penghadaman yang lemah, masalah hati)
  • Edema (pembengkakan) (Masalah buah pinggang)


Untuk pertanyaan lanjut ataupun makluman mengenai QASEH GOLD MAKANAN SUNNAH ini, anda boleh mendapatkan konsultasi percuma dari saya.

Yusnorsyazana Mohd Yunos 
Rakan Niaga Ana Edar
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820 
email : yusnorsyazana.my@gmail.com

Wednesday, May 6, 2015

SET KELUARGA QASEHGOLD


Alhamdulillah...

Kini SATU KELUARGA boleh amalkan ‪#‎QASEHGOLD‬...Dari anak setahun ke atas sehingga lah kita yang dewasa ini..
‪#‎QasehGold_PREMIER‬ untuk kesihatan 40 tahun ke atas kerana byk tambahan ramuan seperti goji beri, kalsium tulang ikan, minyak biji anggur, yang terbaik untuk kesihatan tulang
‪#‎QasehGold_Adinda‬ baik untuk kesihatan dalaman wanita
‪#‎QasehGold_Kekanda‬ untuk mengembalikan tenaga dalaman sang lelaki
‪#‎QasehGold_Junior‬ untuk anak-anak bagi siatem ketahanan imun serta otak yang bijak!
‪#‎Qaseh_SOLE‬ iaitu merupakan 84 garam mineral terbaik dari Himalaya untuk menstabilkan sistem hormon dlm badan
Yusnorsyazana
Rakan Niaga Ana Edar
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820

Tuesday, May 5, 2015

GOJI BERI sebagai anti-oksida TERBAIK!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Ramai yang sudah maklum bahawa pelancaran QASEH GOLD PREMIER pada 26 April yang lalu kan.Namun begitu, tahukah anda bahawa salah satu bahan di dalam QASEH GOLD PREMIER itu adalah buah GOJI BERI?



Apa itu GOJI BERI?

Goji Beri merupakan satu tanaman dengan ketinggian 1-3 meter. Ia memiliki daun berbentuk bulat atau oval dengan panjang 7 cm dan lebar daun 3.5cm dan relatif tipis. Kelopak bunga nya berbentuk loceng atau tubular yang pendek serta korolla nya berwarna ungu, lebarnya 9-14 mm dengan jumlah 5-6 helai sahaja. Goji Beri memiliki buah berwarna merah terang dengan panjang 1-2cm sahaja manakala jumlah biji nya bervariasi antara 10-60 biji serta berwarna jingga.

Goji Beri banyak terdapat di negara China dan diproduksi secara komersil di daerah Ningxia Hui (China Utara-Tengan) dan daerah autonomi Uighur Xinjiang (China Barat) di mana Goji Beri dijadikan sebagai tanaman perkebunan.

Apakah KHASIAT GOJI BERI?

Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D, seorang pakar herba dan nutrisi telah menyenaraikan 34 sebab mengapa kita perlu mengambil GOJI BERI di dalam diet seharian :-

  • Goji dikaji dapat memanjangkan usia, menghalang diri daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi (dengan amalan pemakanan dan kehidupan yang sihat)
  • Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan diri
  • Dapat menjadikan seseorang itu merasa kelihatan lebih muda (Goji merangsang  rembesan hormon HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia -'hormon remaja')
  • Mengekalkan tekanan darah yang lebih stabil
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu dalam melancarkan sistem penghadaman
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
  • Membantu untuk menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
  • Goji dapat meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
  • Ia dapat membantu dalam mengurangkan berat badan
  • Melegakan sakit kepala dan pening
  • Goji dapat melegakan insomnia dan mendapatkan tidur yang lebih nyenyak
  • Goji dapat mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan
  • Menguatkan sistem jantung
  • Dapat meningkatkan respons imunisasi sebagai benteng melawan penyakit
  • Goji menempatkan semula dan membaikpulih DNA (menghalang mutasi yang boleh menyebabkan kanser)
  • Dapat mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
  • Goji dapat membina darah yang kuat, meningkatkan prosuksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platlet
  • Goji menyokong fungsi hati yang lebih sihat
  • Goji dapat merawat simptom-simptom menopause
  • Goji dapat meningkatkan kadar kesuburan
  • Goji dapat menguatkan otot dan tulang
  • Goji dapat menyokong fungsi buah pinggang
  • Mambantu dalam perawatan batuk kering yang kronik
  • Dapat menghilangkan tekanan dan kegelisahan
  • Dapat meningkatkan keceriaan dan semangat anda!

Apa yang KANDUNGAN dalam GOJI BERI?

  • Mengandungi 19 asid amino pembangun kelompok protein termasuk kesemua 8 asid amino penting yang sangat diperlukan untuk kehidupan
  • Mengandungi 21 mineral termasuk germanium, mineral anti-kanser yang jarang ditemukan di dalam makanan lain
  • Mengandungi solavetivone (anti-bakteria yang sangat baik)
  • Mengandugi sumber protein yang sangat banyak berbanding gandum (13%)
  • Mengandungi spektruk lengkap dari anti-oksidan karotenoid termasuk beta karotene dan zeaxanthin (melindungi mata)
  • Mengandungi 4 polisakarida yang unik. Polisakarida ini penting untuk fungsi kekebalan tubuh dan komunikasi antara sel yang berfungsi sebagai 'pengarah' dan sebagai petunjuk kepada sel-sel lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
  • Mengandungi VITAMIN C dengan kadar 500 kali lebih tinggi dari buah oren.
  • Mengandungi VITAMIN B Kompleks (B1,B2, B6) yang diperlukan untuk mengubah makanan menjadi tenaga
  • Mengandungi VITAMIN E (sangat jarang ditemukan di dalam buah, hanya dalam biji-bijian atau kekacang)
  • Mengandungi physalin senyawa alami yang sangat aktif dan digunakan sebagai alternatif perawatan dalam penyembuhan penyakit Hepatitis B
  • Mengandungi beta-sitosterol dan zat perantara bagi anti-radang. Beta-sitosterol baik dalam meurunkan kadar kolesterol dan digunakan juga sebagai perawatan kelenjar prostat serta kanser.

Secara ringkasnya, GOJI BERI dapat MEMBANTU dalam memperbaiki KUALITI DARAH dan KESIHATAN SALURAN DARAH bagi memastikan kesemua organ penting dalam badan memperolehi zat serta keperluan oksigen yang mencukupi bagi menguatkan fungsi organ tersebut. Ia seterusnya dapat menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Berminat untuk dapatkan QASEH GOLD PREMIER?

Hubungi 
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Rakan Niaga Ana Edar
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820

Teruskan Usaha!

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom kita berusaha secara berterusan..
Jika kita pernah GAGAL SEKALI dengan apa yang kita lakukan, BANGUN semula dan lakukan kembali dengan AURA dan PENDEKATAN yang berbeza..Jadikan Kegagalan itu sebagai titik semangat untuk kita BANGKIT!
Salam ‪#‎QASEH‬ sayang..
Dapatkan konsultansi percuma berkaitan dengan makanan sunnah #QASEHGOLD ya!
Hubungi : Yusnorsyazana
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820