Showing posts with label RAMUAN QASEH. Show all posts
Showing posts with label RAMUAN QASEH. Show all posts

Monday, October 30, 2017

Anak Sihat dan Pintar, Ibu Gembira

Menjadi ibu kepada anak-anak yang sihat merupakan sebuah kesyukuran yang sangat hebat! Ia melibatkan bukan sahaja mental si ibu, malah ia menjadikan fizikal ibu lebih sihat juga dek melayan karenah anak-anak aktif yang sihat. Seronok kan?
.
Bagaimana pula jika anak-anak yang sering sakit dan memerlukan rawatan yang kerap? Pasti ibu ayah lebih risau dan ia boleh menjadikan salah satu punca ibu ayah juga turut sakit kerana perlu mengorbankan waktu tidur dan juga rehat.
.
Pemberian makanan yang berkhasiat serta penuh dengan gizi mengikut keperluan anak-anak, InsyaAllah kualiti kehidupan mereka akan lebih terjamin. Walau bagaimanapun, kekuasaan Allah yang akan mengatasi segalanya. Kita hanya ikhtiar sahaja kan.
.
Ibu ayah yang prihatin, SET ANAK SIHAT PINTAR QASEH yang terdiri daripada Qasehgold Junior dan Homeopathy IGE dari Ana Edar adalah makanan tambahan yang berupa cecair yang mudah untuk diambil oleh anak-anak. Ia merupakan minuman dari tumbuhan botani seperti kurma, madu, habbatussauda, delima, bayam dan badam yang baik untuk otak dan tubuh badan mereka.

Jom kita lihat SET ANAK SIHAT PINTAR ini





Sebagai ibu saya faham betapa tinggi harapan kita untuk anak-anak. Jadi saya yakin ibu2 di luar sana memang mencari supplement terbaik untuk anak-anak lebih-lebih lagi mereka sangat terdedah dengan makanan dan tidak bernutrisi dan tidak seimbang. Ini semua mempengaruhi tahap IQ dan pencapaian akademik anak-anak. 

Untuk dapatkan konsultansi percuma dan info lanjut sila hubungi
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820




Saturday, October 28, 2017

Magnesium dalam Buah Tiin???

ADA LOGAM MAGNESIUM DALAM BUAH TIIN. APAKAH?
.
.
Pembetulan*
🔬Kandungan Magnesium dalam Buah Tiin bukan daripada unsur logam. Kandungan Magnesium dalam Tiin adalah mineral yang sangat penting kepada tubuh badan dalam 3 cara:

1️⃣️Mengawal selia metabolisme sel otot dan saraf
2️⃣️Mengawal selia 'neuromuscular conductivity' untuk jantung berfungsi dengan normal
3️⃣️Mengawalselia keanjalan saluran darah supaya dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik.
.
.
Sekarang mari kita tambah pengetahuan tentang manfaat Magnesium:

1️⃣️Magnesium merupakan elektrolit yang sangat penting
2️⃣️Merupakan salah satu daripada 3 elemen penting kepada tulang selain Kalsium dan Fosforus.
.
.

💡Dah tahu kepentingan Magnesium kepada tubuh badan?

💡Dah timbul kesedaran untuk pastikan tubuh badan sihat?

💡 Dah tahu apa yang perlu dibuat?
.
.
🛍️Cepatlah bertindak!

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820
StokisQasehgold

http://yusnorsyazana.blogspot.com

Thursday, September 28, 2017

7 TIPS ANAK SIHAT

Assalamualaikum..
Hari ini yus nak share sedikit 7 TIPS ANAK SIHAT untuk ibu ayah yang mahukan anak-anak sentiasa sihat bertenaga.
Seringkali ibu ayah selalu terlepas pandang mengenai perkara ini kan?
Jom kita semak semula apa yang boleh kita lakukan untuk didik anak-anak kita :)

1. Perkenalkan piramid makanan

Berapa ramai di antara kita yang faham tentang keperluan pengambilan makanan mengikut piramid makanan seimbang? Kebanyakan kita tidak peka terhadap keperluan zat makanan yang kita makan setiap hari. Apa kata anda ajar anak tentang piramid makanan dan keperluan makanan mengikut kategori seperti karbohidrat, protein, kalsium, sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka faham tentang apa fungsi setiap kumpulan makanan itu mudahlah untuk anda menggalakkan mereka makan makanan yang seimbang.



2. Jangan perkenalkan 'jajan'


'Jajan' atau makanan ringan memang menjadi kesukaan kebanyakan kanak-kanak tetapi ia adalah musuh utama ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak makan 'jajan' kerana ia tidak berkhasiat. Namun kadang kala ada orang luar yang memberikan anak anda makanan tersebut tanpa disedari atau ada juga ibu bapa yang memang membiasakan anak dengan 'jajan' kerana tidak mahu anak mengamuk. Ia satu tindakan yang salah kerana apabila sudah mendedahkan mereka dengan 'jajan' sejak kecil lagi maka mereka akan lebh gemar makan makanan tersebut bebanding makanan berkhasiat.


3. Mesti sarapan pagi



Jangan jadikan waktu pagi yang sibuk sebagai alasan tidak bersarapan. Biasakan anak makan sarapan pagi walaupun sekadar minum susu dan makan roti. Sarapan pagi disarankan agar keperluan kalori yang menjana tenaga anak dapat disediakan. Biasakan anak mengambil sarapan pagi sejak awal usia lagi.


4. Banyakkan minum air masak


Air sangat diperlukan dalam badan manusia. Biasanya anak kecil tidak suka minum air terutama air masak. Oleh kerana mereka sangat aktif maka golongan kanak-kanak mudah terkena dehidrasi. Ajar anak anda biasa minum air masak dalam kuantiti yang banyak sejak kecil lagi. Beritahu mereka mengapa semua orang perlu minum air masak. Jika boleh tunjukkan atau beritahu kesan buruk yang bakal diperoleh jika kurang minum air masak.


5. Katakan tidak pada air manis



Anak kecil tidak tahu tentang minuman manis dan berperisa seperti air berkarbonat,  minuman kotak dan sebagainya yang manis jika tidak diperkenalkan oleh orang dewasa. Minuman ini tinggi kandungan gulanya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak fokus kepada sesuatu perkara.


6. Biasakan kudapan berkhasiat



Ibu perlu kreatif menyediakan makanan sihat untuk anak. Kalau anak cerewet untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya lagi, maka pelbagaikan cara penyediaan makanan tersebut agar menjadi makanan yang menarik kepada kanak-kanak. Misalnya anda boleh membuat sendiri kudapan seperti kerepek ubi keledek, kentang, sayur bayam, ais krim oreo, smoothies buah-buahan dan sebagainya lagi bagi menggantikan makanan/minuman ringan yang dijual di luar.


7. Galak anak aktif


Biasakan anak-anak aktif  bermain di luar rumah berbanding hanya terperap menonton televisyen atau bermain permainan video di dalam rumah ambil mengunyah makanan ringan. Anak yang aktif akan lebih bertenaga dan sihat kerana ketika bermain mereka mengeluarkan peluh.
 
Untuk pemakanan yang mudah dan disukai oleh anak-anak, mudah sahaja..
Dalam sebotol QASEHGOLD JUNIOR membantu anak-anak kekal bertenaga dan lebih sihat.

Isi Kandungan Qaseh Gold Junior:
1- Air Zam ZAm
2- Kurma
3- Kismins
4- Madu
5- Habbatus Sauda
6- Delima
7- Zaitun
8- Buah Tiin

TAMBAHAN:
9- Badam
10- Bayam

Khasiat Qaseh Gold Junior:
1- Baik untuk perkembangan minda [intelektual] anak2
2- Meningkatkan system imuniti [kekebalan] anak2
3- Memberi tenaga segera agar anak2 lebih focus dalam pembelajaran
4- Membantu system pelawasan anak2 [elak sembelit]
5- Mengurangkan masalah asma dan masalah eczema [alahan]
6- Mengurangkan masalah selesema, batuk & kahak

SEMUA ITEM READY STOCK
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA
KONSULTASI SELEPAS PEMBELIAN
430ML/BOTOL

Hubungi kami,
STOKIS QASEHGOLD
013-2892820 (yusnorsyazana)
http://yusnorsyazana.blogspot.my

Saturday, September 2, 2017

5 tips susu meriah walau ibu bekerja sedang stress!

Assalamualaikum mommies..
Ada yang bertanya kepada bagaimana untuk kekalkan perahan susu ibu (dinilai secara kuantiti) walaupun dalam keadaan ibu yang stress.

Yus akui seminggu ini ada mengalami sedikit kekangan waktu dek urusan kerja dan juga hal2 lain di tempat kerja yang menyebabkan yus berada dalam keadaan yg kurang 'bertenang'.

Ingat kan? Hormon oxytocin akan terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Apabila ibu berada di dalam keadaan stress, bagaimana ibu hendak dapatkan kuantiti perahan yang diperlukan untuk bekalan bayi di rumah pengasuh. Setuju?

BAGAIMANA NAK MAINTAIN SUSU WALAU DALAM KEADAAN STRESS?

1. KAEDAH PERNAFASAN
====
Sebelum sesi pemerahan, ibu TARIK NAFAS sedalam-dalamnya sehingga ibu rasa seperti 'melayang ke awan biru' haaa gitu..itu bermakna ibu mendapat DEEP BREATH dan ibu pastikan keadaan bahu ibu juga 'jatuh' dan sewaktu menarik nafas, ibu tahan nafas selama mana yg boleh dan lepaskan. Ulangi sehingga beberapa kali.

2. BERTENANG dan POSITIF
===
Ibu cuba ambil sedikit masa untuk bertenang dan berfikir secara positif bahawa ibu akan dapat memberi yg terbaik untuk bayi. Sambil2 membaca atau mendengar apa2 motivasi atau bahan bacaan atau muzik atau alunan zikir yg boleh buatkan ibu berasa tenang dan gembira.

3. LUPAKAN SEKETIKA KERJA
===
Gunakan 20 minit sesi pemerahan dengan sebaiknya. Lupakan kerja seketika waktu. Kalau boleh perah di tempat yang jauh dari 'data kerja dll.' Atau berborak dengan rakan2 yg positif juga membantu! 😉

4. SEDIAKAN MAKAN DAN MINUM BERHAMPIRAN TEMPAT PEMERAHAN
===
Bagi orang yang suka makan dan minum seperti yus, pasti akan ada minuman seperti air bermineral (yus campurkan air kosong + garam mineral SOLE), susu kurma, roti atau biskut berhampiran tempat memerah. Pasti bahagia bila dpt memerah sambil makan dan minum dengan menonton youtube kan!

5. TEPATI WAKTU PEMERAHAN!
===
Walau sibuk mana pun ibu, pastikan jadual pemerahan setiap hari dipatuhi ya. Jangan sesekali skip waktu pemerahan di tempat kerja. Ambil masa sekurang2nya 20 minit untuk ibu-ibu 'berehat dari kerja' dan lakukan keempat2 tips di atas. Ingat ya ibu, MORE DEMAND MORE SUPPLY concept. Lebih kerap susu dikeluarkan, lebih lagi susu dihasilkan.

Ok..5 tips ni dahulu yus kongsikan buat ibu bekerja yang stress. Moga ibu dapat manfaat dari nota #InspirasiSusuIbu kali ini.

Bagi memastikan ibu sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila keletihan seusai bekerja, QASEHGOLD ADINDA adalah teman tenaga ibu! Kandungan serat dan khasiat kurma,madu,habbatussauda serta ramuan superfruit yang baik untuk ibu menyusu dapat meningkatkan lagi hormon oxytocin ibu-ibu menyusu.

Silakan share link channel telegram ini kepada ibu2 yang lain supaya mereka juga mendapat kebaikannya. Klik telegram.me/inspirasisusuibu

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Certified Lactation Counsellor
BNPC LC
Stokis Qasehgold Johor
0132892820

Untuk khidmat konsultasi susu ibu, boleh klik www.permatasusuan.com

Sunday, July 30, 2017

RAHSIA HABBATUS SAUDA KEPADA KEUNGGULAN WANITA

RAHSIA HABBATUS SAUDA KEPADA KEUNGGULAN WANITA
=====
1. Habbatus sauda menurut Ibnu Al-Qayyim , ia melancarkan pengeluaran susu ibu, dengan mengamalkannya secara istiqamah iaitu bertesusan dan tetap.
2. Kumpulan penyelidik diketuai oleh Dr. Aqhrawala mendapati habbatus sauda berkesan dan aktif dalam pembesaran meyuburkan sel-sel payudara.
3. Habbatus sauda memberikan oestrogenic effect yang memangkinkan pengeluaran susu ibu.
4. Selain itu, khasiat habbatus sauda dibuktikan menambahkan keupayaan seksual, menangguhkan tempoh menopause di kalangan wanita.
5. Kandungan Omega 3, Omega 6, Omega 9 yang terdapat dalam habbatus sauda merupakan tambahan nutrisi kepada ibu hamil dan janin
6. Meremajakan kulit dan menunda proses penuaan kerana habbatus sauda sangat kaya dengan bahan antioksida
(Sumber rujukan : Dr. Hassan Syamsi Baasya : Rahsia Perubatan Habbatus Sauda, cetakan keenam 2012)

Habbatus sauda asalnya mempunyai rasa pahit dan berangin yang sangat keras. Permulaannya ia perlu disangai di atas api kecil untuk menghilangkan rasa pahit dan pedas beranginnya. Selepas itu perlu dikisar sebelum dimakan. Namun, jika silap penyediaan segala khasiatnya akan hilang begitu sahaja.
Kini, ada cara yang lebih mudah untuk amalkan habbatussauda.
Amalkan pengambilan QASEHGOLD setiap hari sewaktu perut kosong sangat membantu untuk wanita semua kekal awet muda dan remaja.
Salam qaseh sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820 (Stokis Qasehgold Kluang)

Tuesday, February 14, 2017

UBAT KAHAK Free Drug

UBAT KAHAK Free Drug
=======
Ibu ibu semakin runsing apabila anak batuk kenabeli ubat batuk bagi ubat batuk pada anak. Jika salah bagi lebih sukatan anak akan jadi pasif mengantuk dan lesu! Itu tanda dalam ubat tu ada drug. Drug pula yang tak baik untuk kita.
.
Bila hari hari bagi asyik batuk juga tak berkurangan. Sebab antibodi anak pula tak kuat!
.
Now saya kongsikan ubat batuk semulajadi iaitu minuman botani sihat untuk anak anda! Tindakbalas yang lebih baik cepat dan berkesan!
.
Bukan sekadar batuk sahaja secara tidak langsung sistem imin badan anak juga akan menjadi kuat. Makan la berapa banyak nak makan. Sebab no chemical! No drug! No sugar!
.
Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) pun mengesyorkan untuk kita berikan anak anak amalkan Qaseh Gold Junior. |

Dan secara tak langsung anak dapat bonus pahala tau sebab makan makanan sunnah yang ada dalam Qaseh Gold Junior ni.
Alhamdulillah..syukur ada Qaseh.


Sihat dapat..
Sunnah dapat..
Ibu bapa pun gembira..
WHATSAPP kami 013-2892820
WHATSAPP kami 013-2892820
WHATSAPP kami 013-2892820

Salam qaseh sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Stokis Qasehgold anda
013 289 2820
http://yusnorsyazana.blogspot.my

Tuesday, December 6, 2016

Kurma dan Stroke

TAHUKAH ANDA!!!

Bahawa kurma dapat menurunkan tekanan darah dan dapat mencegah diri dari stroke.

Ini kerana kandungan kurma yang tinggi kalium membantu menjaga dinding arteri supaya berfungsi secara normal. Kerana itu, pembuluh darah tidak mudah rosak akibat tekanan darah.

Hasil penyelidikan merekodkan jika pengambilan kalium sebanyak 400mg maka dapat menurunkan risiko mendapat strok sebanyak 40%.

Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh sememangnya baik jika diamalkan ketika berbuka puasa juga. Khasiat yang lebih istimewa, kurma dapat menurunkan risiko serangan stroke dengan kandungan kalium yang tinggi di dalamnya.

Secara umumnya, buah-buahan merupakan sumber utama vitamin terutama VITAMIN C dan MINERAL. Kandungan karbohidrat yang tinggi juga membuatkan buah kurma sebagai buah yang mengandungi kadar tenaga yang tinggi.

Itulah mengapa kurma menjadi terlalu istimewa dengan khasiat. Lebih-lebih lagi setelah penelitian membuktikan bahawa MAKANAN TINGGI KALIUM dapat menurunkan kadar RISIKO SERANGAN STROKE.




Jom amalkan memakan kurma...

Hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi produk QasehGold.

Salam Sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
STOKIS QASEHGOLD
013 289 2820
cutiecolour.shoppy.my

#KurmaAdadalamQasehGold
#YourQasehGoldExpert
#OneMillionDrive

Wednesday, November 23, 2016

Tips Mujarab untuk Bayi Yang Suka Menangis

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Ada yang ibu-ibu rasa stress ketika menyusukan bayi?
Pasti Ibu rasa tidak selesa dan sering dilanda kemurungan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara sebab utama adalah bayi asyik kelihatan tak cukup susu serta bayi yang suka merengek. Pantang diletak atau ditinggalkan sendirian.

Tahukah kita atau sedarkah kita bahawa bayi yang kita kandungkan selama 9 bulan 10 hari ini sentiasa berada dekat dengan hati dan jantung kita.

Di mana tu? Pastinya di dalam rahim kita. Apa yang kita makan, apa yang kita dengarkan, apa yang kita nalurikan semuanya bayi kita dapat merasai bersama. betul kan?
Sebab itu sewaktu kehamilan, Ibu-Ibu digalakkan untuk sentiasa berzikir dan juga membaca Al-Fatihah sebagai 'perlindungan diri' dan juga secara tidak langsung dapat menyalurkannya kepada bayi anda.
Jika bayi ibu sudah lahir ke dunia dan si comel tersebut 'gemar' menangis dan merengek, cuba bacakan Al-Fatihah dan Selawat ke atas Nabi di atas ubun-ubun bayi..
Sambil-sambil tu kita pesan nasihat yang baik-baik kepada mereka juga.
Ibu juga pasti rasa tenang.

Untuk memberikan lebih ketenangan, Ibu-ibu digalakkan untuk mengambil makanan yang baik-baik seperti QASEHGOLD ADINDA yang mempunyai banyak khasiat serta ia adalah salah satu makanan kegemaran Rasulullah!

Sebab QasehGold Adinda merupakan FORMULASI 15 MAKANAN SUNNAH yang sangat baik untuk kesihatan dan kesihatan emosi si Ibu.
InsyaAllah!


YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Sah Ana Edar
PAE/10078-I
013 289 2820

Wednesday, March 16, 2016

Khasiat Terbaik Cuka Kurma

Khasiat CUKA KURMA
=================

Selalu tertanya-tanya, macam mana nak dapatkan CUKA KURMA ni?
Susah betul nak dapat kan? Harganya pun mahal..

Ehhh..tak susah pun awak..Nak comey cantik gojes kan? Dalam #GOJES by Qasehgold Ada CUKA KURMA tau..Memang banyak khasiat Cuka Kurma ni..

Nak tau lebih lagi??
Berminat nak CUBA DULU pun boleh..Sebab Ada TRIAL PACK uolz!

Hubungi 013-2892820 ya.

#StokisKluangBatuPahat
#Qaseh

Thursday, February 18, 2016

Pembaikan Sel-sel Kulit

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Tahukah anda bahawa sel-sel kulit dibaikpulih dengan lebih pantas & lebih efektif semasa kita tidur malam & waktu kemuncaknya dikatakan antara jam 11 malam hingga 4 pagi?
Jadi ayuh pastikan kita mendapat tidur yang berkualiti supaya kulit kelihatan lebih segar & berseri!
Jangan lupa ambil 1 sachet ‪#‎GojesbyQasehGold‬ sebelum tidur ye..

Kandungan ramuan yang tinggi khasiat untuk kesihatan kulit membantu kita untuk kelihatan lebih muda remaja..gitew!!
Kecantikan bermula dari kesihatan dalaman.
Jom, ‪#‎Gojes‬ untuk keharmonian keluarga bukan untuk memperaga!
Untuk pek percubaan, sila hubungi 013-2892820 untuk tempahan.

Monday, February 15, 2016

DELIMA DAN KEBAIKANNYA

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


TAHUKAH ANDA?
===============
Penelitian yang dibuat oleh American Journal of Clinical Nutrition menyatakan bahawa ANTIOKSIDAN dalam buah DELIMA dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat). Hal ini menurunkan kadar LDL Dan ia dapat neningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam darah.
Antioksidan dalam buah delima adalah dari jenis POLIFENOL yang bermanfaat untuk menurunkan kolesterol jahat. Menurut laporan penelitian National Academy of Sciences (NAS), buah delima dapat menghalangi atau memperlambat penumpukan kolesterol dalam arteri seseorang yang berisiko tinggi penyakit jantung. Selain itu juga, delima mampu meningkatkan produksi OKSIDA NITRAT yang membantu mengurangi plak pada arteri akibat kolesterol jahat.

★Delima Mengurangkan Berat Badan
★Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries).
★Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Jus Delima mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihidapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
★Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
★Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
★Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
★Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.



Buah delima memang terbaik untuk kesihatan..Lebih mudah diambil sekiranya ia sudah diestrak di dalam 1 botol sahaja!
Alhamdulillah...
Salah satu ramuan dalam QASEHGOLD adalah DELIMA.
Hubungi kami untuk segala pertanyaan dan juga order ya!
WhatsApp ke 013-2892820 segera!
KESIHATAN YANG LEBIH UTAMA..MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..

Thursday, January 14, 2016

Khasiat HabbatusSauda

Tidak ramai yang mengetahui apakah khasiat sebenar habbatus sauda kepada semua orang. Habbatus Sauda mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

l Khasiat Habbatus Sauda |

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
~ Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
~ Antiarthritis, mengubati reumatik.
~ Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
~ Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
~ Antiseptik, mengubati bau mulut.
~ Antivirus, mengubati demam dan flu.
~ Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
~ Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
~ Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
~ Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
~ Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
~ Nematocidal, mengubati cacing pita.
~ Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).



Dalam QASEH pun ada habbatussauda tau..
Seronok dapat amalkan makanan sunnah kan?

#jomberQASEH
#MakananSunnah

Wednesday, September 9, 2015

HADIAH ISTIMEWA UTK IBUBAPA TERCINTA



Semakin usia meningkat , keperluan anti oksidan juga meningkat.

Untuk kekal sihat perlulah kerap ambil pelbagai makanan yang kaya anti oksidan, seperti kurma, delima, kranberry, blackberi, strawberi, kismis, minyak zaitun, anggur Merah,

Anti oksidan ni fungsi nya banyak..
Antaranya utk :
✏ fungsi utama utk meneutralkan radikal bebas
✏awet muda (kecantikan kulit secara keseluruhan),
✏ mencegah & melawan kanser,
✏ menurunkan kadar kolestrol LDL

Sukar untuk disiplinkan diri makan makanan anti oksidan..?

Pilihan : amal lah Qaseh Gold Premier

Jus kesihatan Dari  #‎AnaEdar  yang diformulasikan khusus untuk peringkat usia 40an, 50an, 60an & lebih.

Hubungi 013-2892820 untuk order dan konsultasi

Jom dapatkannya sekarang!!

Tuesday, June 30, 2015

Gabungan Unik 15 ramuan hebat di dalam QASEH GOLD JUNIOR

Qaseh Gold JUNIOR merupakan minuman yang mengandungi campuran dari 15 ramuan hebat yang terdiri daripada makanan sunnah terbaik iaitu KURMA, MADU, KISMIS, TIIN, ZAITUN, DELIMA, HABBATUSSAUDA & AIR ZAMZAM. Ia juga diperkayakan lagi dengan tambahan ramuan ZA'FARAN, GARAM BUKIT, GAM ARAB (AL-MANNA), PEGAGA, BADAM & BAYAM.


Qaseh Gold JUNIOR membantu anak-anak anda dalam :-

  • Membekalkan tenaga
  • Mencerdaskan minda
  • Menguatkan sistem Imun
  • Menyokong tumbesaran 
  • Membekalkan Serat kepada tubuh


Berikut adalah perincian mengenai ramuan yang terkandung di dalam Qaseh Gold JUNIOR :- 

1) KURMA

Kurma adalah sumber serat yang kaya dengan khasiat gula semulajadi dalam membekalkan tenaga, menguatkan sistem imun dan juga minda.


Kajian menunjukkan bahawa kurma mengandungi kadar konsentrasi ANTI-OKSIDAN yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering.

Amalan pengambilan kurma dalam pemakanan seharian juga dapat menstabilkan EMOSI. Ia juga membantu dalam pelawasan yang terbaik kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya.

2) MADU



Madu merupakan satu ramuan yang sangat menakjubkan. Ia kaya dengan VITAMIN dan MINERAL untuk menyokong sistem tubuh yang lebih sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga!

Madu bercirikan ANTI-BAKTERIA, ANTI-OKSIDAN & ANTI VIRUS untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh.


3) HABBATUS SAUDA'



Habbatus Sauda' juga dikenali sebagai 'jintan hitam'. Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah menyifatkan habbatus sauda' sebagai penawar kepada pelbagai penyakit keculai mati.

Kajian juga mendapati bahawa habbatus sauda' berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membekalkan tenaga kerana ciri ANTI-BAKTERIA, ANTI-VIRUS, ANTI-HISTAMIN, ANTI-FUNGUS & ANTI-OKSIDAN serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asthma, bronkitis, enczema, alahan dan batuk.

4) BUAH TIIN



Ia merupakan sumber mineral, vitamin * anti-oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawat sebarang jangkitan penyakit. Buah tiin juga dikatakan berupaya untuk melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.

5) MINYAK ZAITUN


Minyak zaitun cukup popular di negara Mediterranean serta merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah S.A.W yang cukup unik.

Minyak zaitun kaya dengan VITAMIN E & polyphenols iaitu sejenis anti-oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Pengambilan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu dalam memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

6) DELIMA


Buah delima terkenal dengan anti-oksidan yang tinggi. Ia juga mengandungi VITAMIN dan MINERAL yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta dapat membantu dalam membaikpulih sel tubuh yang telah rosak akibat radikal bebas di persekitaran kita.

7) AIR ZAM ZAM


Air yang penuh keberkatan dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu dalam meingkatkan sistem imun tubuh.

8) ZA'FARAN


Ia dikatakan sebagai rempah yang termahal di dunia. Namun ia padat dengan KHASIAT KESIHATAN. Merupakan sumber mineral yang baik seperti KALSIUM POTASSIUM, ZAT BESI & ZINK yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat. Ia juga baik untuk melegakan masalah asthma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.

9) GINGKO BILOBA


Gingko Biloba ini terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan gingko biloba berupaya merangsang fungsi minda dan juga menguatkan daya ingatan.

Gingko mengandungi anti-oksidan flavanoid & terpenoid yang melindungi sistem saraf, otot jantung, pembuluh darah & retina mata.

10) PEGAGA


Pegaga juga dalam bahasa saintifik nya Centella juga dikenali sebagai gotu kola, ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuklah dapat melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asthma, demam dan selsema.

Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental dan mencergaskan tubuh.

11) GARAM BUKIT


Garam bukit merupakan garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Ia membantu dalam memperbaiki sistem pernafasan dan melawan jangkitan penyakit, merangsang fungsi metabolisme, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki sistem penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel dan menggantikan elektrolit yang hilang.

12) GAM ARAB (AL-MANNA)


Ia juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana hanya didapati daripada pokok jenis itu sahaja. Ia merupakan PREBIOTIK semulajadi yang dapat membantu dalam menyihatkan usus dan melegakan masalah sembelit.

13) KISMIS


Kismis sangat membantu dalam membekalkan tenaga, dan dapat meningkatkan keupayaan minda.

Ia bersifat ANTI-BAKTERIA dan ANTI-OKSIDAN supaya tubuh kuat bagi melawan pelbagai jangkitan. Mengandungi mineral yang boleh menguatkan tulang, serta dapat melindungi gigi.

14) BADAM


Badam termasuk di dalam keluarga kekacang yang dapat membantu dalam membina sistem kekebalan tubuh. Ia mengandungi RIBOFLAVIN untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh.

Ia kaya dengan sumber PROTIEN, VITAMIN E dan MINERAL seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.

15) BAYAM


Tidak dinafikan bahawa sayur bayam ialah sayur yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi flavanoid yang berfungsi sebagai ANTI-OKSIDA dan ANTI-INFLAMASI untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Bayam kaya dengan pelbagai VITAMIN dan MINERAL serta ZAT BESI yang membantu dalam mengatasi masalah anemia dan keletihan serta kalsium dan magnesium adalah untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.