Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, June 12, 2018

4 MAKANAN YANG ANAK PERLU ELAK KETIKA SAKAN BERAYA



 1) Air Berkarbonat
Air berkarbonat bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang tinggi menyebabkan diabetes malah boleh menjejaskan perlakuaan kanak-kanak (hyper-active)

2) Snek Makanan Ringan / Keropok
Snek biasanya dihasilkan dengan tepung yang diproses dan ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan kenaikan tahap kolestrol yang tinggi. Bahan-bahan pemprosesannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang snek bukanlah makanan yang berkhasiat untuk anak anda.



3) Daging Proses
daging burger yang sudah siap diproses kedegarannya mudah disediakan. Hanya perlu dinyahbeku dan terus digoreng kemudian siap untuk dijamah oleh anak-anak anda. Tetapi awas! Daging yang sudah diproses juga bisa disamakan seperti span yang menyerap minyak. Walaupun kesan pengambilannya tidak drastik, namun dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan juga kanser.



4) Kentang Goreng
Tidaklah sehingga perlu dihentikan serta merta dari segi pengambilannya. Tetapi haruslah dikurangkan kerana kandungan lemak dan garam yang terlalu tinggi di dalam french fries serta tiada sebarang khasiat buat kanak-kanak.



Bersederhanalah dalam menyambut lebaran yang mulia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Stokis Qasehgold
Yusnorsyazana Mohd Yunos
0132892820
http://yusnorsyazana.blogspot.my

Friday, March 9, 2018

Kebaikan Lobak Merah



🥕MENGURANGKAN RISIKO STROK
Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah
🥕ANTI PENUAAN
Kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.
🥕MENGEKALKAN GIGI CANTIK
Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga dapat membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
🥕BAIK UNTUK MATA
Kaya akan kandungan beta-kerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.
🥕 SERAT
Lobak merah tinggi kandungan serat larut yang mampu merendahkan tahap kolesterol.
🥕ELEMEN ALKALI
Lobak merah kaya dengan elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh.

Kekal sihat dan cergas dengan pengamalan makanan yang berkhasiat.
Nak lebih baik lagi, amalkan QASEHGOLD untuk kesihatan yang lebih berkualiti.

Hubungi Yusnorsyazana Stokis Qasehgold
013-2892820

Friday, November 17, 2017

ANAK-ANAK TERTEKAN?

BAGAIMANA MENGATASI TEKANAN ANAK-ANAK ?

Kepenatan dan keletihan kerana rutin yang sibuk dan padat  boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak.

Anak-anak yang letih atau tidak cukup tidur, membuatkan anak-anak tidak boleh berehat sepenuhnya waktu malam yang mana ianya sangat penting untuk proses pemulihan tubuh.

Tidur yang cukup membantu perkembangan minda kanak-kanak dengan syarat kita membekalkan nutrien yang sepatutnya untuk membantu perkembangan sel otak dan sel tubuh keseluruhannya.

Perkembangan minda membantu anak-anak lebih mudah untuk fokus, lebih mudah untuk belajar dan lebih gembira serta akhirnya merangsang daya kreativiti mereka

Rehat bersama nutrien yang cukup membantu pula keseluruhan  tumbesaran anak-anak kita ini.

BAYAM dan KURMA serta BADAM dalam Qaseh Junior memainkan peranan sebagai agen penenang semulajadi untuk membantu kesihatan otak kanak-kanak.

• Folate dalam Bayam dan Badam membantu otak mengeluarkan bahan Dopamine yang memberikan rasa kegembiraan dan ketenangan.

• Manakala Tyrptophan dalam Kurma sebagai satu lagi agen penenang semulajadi. Tyrptophan adalah sejenis asid amino yang membantu pengeluaran hormon serotonin yang memberi rasa ketenangan.

• Pemakanan yang baik dari seawal usia 1 tahun sehinggalah mereka akil baligh adalah penting kerana ini adalah tempoh yang sangat kritikal dan penting untuk pembangunan minda, kekuatan imuniti dan perkembangan otak yang sihat sesuai dengan peningkatan umur mereka.

Biarlah pilihan bijak dan berikan anak-anak anda makanan tambahan terbaik iaitu Qaseh Junior!



Cubalah sekarang.
InsyaAllah kita ikhtiar dengan Qasehgold jus semulajadi tanpa pengawet dan perasa gula tambahan.

Hubungi kami.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-289 2820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

Thursday, November 16, 2017

TANDA ANDA MENGALAMI FIBROID


Kebanyakan fibroid tidak memberi sebarang masalah kepada wanita dan hanya diketahui selepas pemeriksaan ultrasound dilakukan, terutamanya ketika pemeriksaan kehamilan untuk memantau janin dalam rahem ketika hamil.


Antara masalah yang boleh timbul bagi seseorang wanita yang mempunyai fibroid adalah seperti berikut:


1.Pendarahan haid yang banyak terutamanya apabila ada ketulan pada darah haid. Darah haid yang berketul ketul menunjukkan pendarahan yang banyak melebihi kelazimannya.

2.Kesakitan pada pelvis dan kesan tekanan fibroid yang besar terhadap organ seperti pundi kencing akan menyebabkan wanita itu selalu membuang air kecil.
3.Ada ketulan di perut ataupun perut semakin buncit tanpa penambahan berat badan.
4. Kesukaran untuk hamil.

Jadi fibroid sukar dikesan jika tidak dilakukan pemeriksaan ultrasound.




Memilih qaseh gold adinda adalah salah satu alternatif terbaik pencegahan dalam masalah fibroid di kalangan wanita..malah kandungan semulajadi dan makanan sunnah yang terdapat di dalam qaseh gold membantu masalah kaum wanita.


Cubalah sekarang.

InsyaAllah kita ikhtiar dengan Qasehgold jus semulajadi tanpa pengawet dan perasa gula tambahan.

Hubungi kami.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-289 2820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK

Assalamualaikum..
Kali ini yus nak kongsikan kepada semua berkenaan bagaimana kita sebagai ibu dan ayah yang bekerja (keletihan setelah pulang dari kerja) dan menghadapi anak-anak yang sedang membesar.

Adakalanya mereka akan terus menerpa kita untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan seharian ini. Ataupun perkara suka duka mereka seharian di sekolah ataupun di rumah pengasuh.

Adakah kita sebagai ibu ayah hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka ataupun kita memarahi mereka di saat mereka memerlukan kita.

Anak-anak ini suka menunjukkan setiap apa yang mereka alami dan lakukan.

Kita sebagai ibu ayah perlu memainkan peranan untuk mereka rasa lebih dihargai dan menjadi bukan sebagai ibu bapa sahaja tetapi sebagai kawan untuk mendengar cerita mereka








👨‍👩‍👧Saat anak sedang berbicara kepada anda, tataplah matanya dengan kasih sayang sehingga anak merasa di perhatikan ceritanya.
👨‍👩‍👧Jadikan anak-anak sebagai sahabat yang boleh menjadi tempat mereka cari setiap masa.
👨‍👩‍👧Jika tidak gemar atau kurang bersetuju dengan cerita anak,jangan terus melenting. Beri contoh serta penjelasan kepada mereka.
👨‍👩‍👧Disaat anak sedang emosi dan sulit bicara, jangan paksa anak untuk terus bicara.
Seronokkan kalau anak selalu mencari kita dalam apa jua keadaan. Terasa diri sangat penting dalam hidup mereka. Sangat banyak isu dalam mendidik yang perlu kita kongsi bersama.
Jadi, nantikan satu seminar dari kami yang bakal merubah 100% gaya didikan ke arah lebih baik yang membuatkan anak anda lebih sayang dan suka bantu anda tanpa disuruh.
Terima kasih kerana membaca.

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

Thursday, November 2, 2017

JENIS KULIT WAJAH

TIPS KULIT CANTIK BAGI 5 JENIS KULIT WAJAH
=============
LIKE DAN SHARE untuk manfaat bersama   
=========
1. Kulit Normal
Jika kulit Anda termasuk jenis normal, tisu yang Anda kita gunakan untuk menanggalkan sisa kotoran di muka tidak akan meninggalkan jejak minyak. Selain itu kulit Anda akan terasa lentur dan kenyal. Bersyukurlah bila kulit Anda termasuk normal karena jenis ini adalah jenis yang paling jarang bermasalah. Kulit normal terlihat bersih, halus dan bahkan dengan rawatan minimum saja, kulit normal akan terlihat tetap bagus di umur 30 keatas.

2. Kulit Kering
Jika kulit anda kering, tisu yang Anda kita gunakan untuk menanggalkan sisa kotoran di muka saat bangun tidur tersebut akan bersih dari minyak juga, namun kulit Anda akan terasa keras, kering, bahkan pecah-pecah setelah Anda seka dengan tisu. Kulit jenis kering ini dengan mudah menggalakkan pertumbuhan jerawat dan pori-pori besar yang terlihat yang boleh mengakibatkan kulit mengalami penuaan dan iritasi. Kulit kering akan masih terlihat baik pada umur muda namun Anda harus tetap menjaga kesihatan kulit agar tidak terlihat tidak sihat ketika umur 30 keatas.

3. Kulit berminyak
Jika Anda memiliki kulit jenis berminyak, tisu yang Anda kita gunakan untuk menanggalkan sisa kotoran pada pipi, hidung dan kening akan meninggalkan bekas minyak. Tentunya kulit berminyak merupakan kulit yang paling banyak menghadapi masalah. Kulit berminyak seringkali terlihat berminyak dan pori-pori besar yang menyebabkan jerawat. Namun kulit berminyak juga memiliki kelebihan iaitu sukar untuk terjadinya penuaan dini pada kulit. Anda dapat merawat kulit berminyak dengan membersihkan muka dengan hati-hati, meminimumlkan makanan yang mengandung karbohidrat dan menghindari produk perawatan yang ‘creamy’.


4. Kulit Kombinasi
Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi. Tanda memiliki kulit kombinasi adalah ketika Anda membersihkan bahagian hidung dan kening, pada tisu akan terdapat minyak, namun tidak pada pipi Anda, pipi Anda kering.
Kerana kulit kombinasi ini adalah gabungan Antara kulit kering dan berminyak, jenis ini menyebabkan kita akan membuat rawatan yang berbeza berdasarkan bahagian wajah yang terlibat. Bahagian yang kering seperti pipi dan sekitar mata mesti dirawat dengan produk yang kaya akan cream, moisturizer, sedangkan untuk bahagian berminyak seperti kening dan hidung dapat dirawat dengan kerap membersihkannya dengan air bersih.

5. Kulit Sensitif
Kulit sensitif umumnya adalah kulit yang sangat kering, terasa ketat dan boleh mengalami iritasi dengan mudah. Biasanya kulit sensitif akan berwarna merah pada beberapa bahagiannya, warna merah tersebut juga terasa tipis dan gatal. Untuk kulit sensitif Anda memerlukan rawatan extra. Anda juga memerlukan bantuan doktor untuk rawatan seterusnya.


Wednesday, November 1, 2017

CIRI-CIRI KRIM KULIT BERMERKURI

BAHAYA! BAHAYA! BAHAYA!

============



1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. 

2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?

4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.

6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal.


G By Gojes tanpa 21 bahan kimia bahaya. Selamat digunakan tanpa was-was

LIKE dan SHARE jika ia bermanfaat.

Tuesday, October 31, 2017

USUS SIHAT, SISTEM IMUN KUAT!

Macam tak percaya tapi sistem imun kita sangat berkait rapat dengan kesihatan usus. Ikuti tips ini untuk kekalkan kesihatan usus anak-anak.











Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. SHARING IS CARING.

Sumber : Qasehgold HQ

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
Kluang/Air Hitam/ Parit Raja /Skudai
0132892820

http://yusnorsyazana.blogspot.com

Friday, October 27, 2017

7 sebab kenapa bayi menangis

INFO PARENTING IBUBAPA PERLU TAHU

7 Sebab Kenapa Bayi Menangis
=====
Hati ibu mana tak berkecamuk rasa nak sembur amarah bak naga menghambur api. Dek hati sarat rasa geram, marah sampai naik stress. Rasa nak tarik telinga, tarik rambut, akibat bengang punya pasal. Mana taknya, pantang la baby tu nangis mula la orang sekeliling, ringan mulut kata “Susu ko tak ada ni Kiah” , “Susu ko tak cukup ni Bedah”. Lagi pedih siap cop keturunan si ibu memang jenis tak ada susu. Aduhhh sentap dengar naik bernanah telinga hingga tersiat hati luka berdarah.

Niat hati si ibu yang di pasak di minda sejak dari kehamilan lagi untuk menyusukan baby dengan susu ibu, kini dah mula di duga. Macam tak boleh pula jika baby menangis, susu ibu jugak disalahkan. Padahal baby bergelen-gelen kencing, berbakul diaper najis, siap pakej muntah akibat terlebih sudah. Tak cukup susu ibu?  Habis dari mana datang kencing, berat, muak susu semua tu.

Yang buat ibu tambah patah hati, bila si manja dalam hari, dah di beri susu lain, di beri makan tanpa kebenaran, tanpa pengetahuan. Mana tak sugul, sedih je si ibu, tidak dapat lindungi hak permata hati. Kecewa yakmat. Mula la kang terbit bisikan jahat, gigit diri, nak gigit suami, nak gigit baby, nak tunjuk rasa sakitnya hati. Silap hari bulan, meroyan. Ini bukan cerita fantasia bulan madu, Ini realiti yang berlaku.

Kadang tu, pasangan atau ahli keluarga atau orang terdekat sendiri tak menyokong dan lakukan sesuka hati. Tak pentingkan dan tak ambil kisah perasaan ibu. Alasannya, si ibu masih baru jadi ibu, tak tahu apa-apa. Tu yang terkadang, ibu terpaksa pendam dan telan sendiri diam-diam sehingga membarah memakan diri. Akibat tak nak digelar isteri nusyuz,anak derhaka, menantu hantu. Kalau diluahkan takut boleh bergaduh suami isteri, tak bertegur sapa kerana tak puas hati. Jadi, bantai menangis berhari-hari, bengkak mata, sembab muka.

Cukup sudah, kesatlah airmatamu ibu. Usah bersedih lagi. Maafkanla sesiapa yang menyakiti hatimu, menidakkan hakmu dan hak anakmu. Anggaplah mereka belum tahu, belum sampai seru bertemu ilmu. Duhai ibu yang sedang hadapi ujian seperti ini, teruskan berdoa, minta tolong kepada yang esa, agar dipermudahkan perjuanganmu melaksanakan suruhannya yang satu ini. Semoga di atas kesabaran,ketabahan dan kasih sayang, dapat membuka minda mereka dan berlapang dada dengan pilihan mu.

Di sini, dikongsikan Infografik 9 sebab kenapa bayi menangis. Baby menangis atas banyak sebab. Bukan semata kerana lapar atau tak cukup susu ibu. Lihat di infografik untuk ketahuinya. Semoga lebih ramai sedar, bayi menangis adalah salah satu cara semulajadi mereka berkomunikasi.









Sekiranya anda rasa, info ini penting dan dapat membantu perjalanan penyusuan ibu bapa lain dan bakal ibu bapa 1st time terutamanya, sila kongsikan dengan gembira. Tak perlu minta kebenaran untuk kongsikannya.

Semoga bermanfaat!
Artikel credit to Puan Erin Azmi (owner Tugeda Carrier)

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820
Stokis Qasehgold
#KaunselorLaktasi

Wednesday, October 25, 2017

TIPS LENTURKAN EGO ANAK SULUNG

Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk 'lenturkan' ego Kakak.

Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada 'ragam' dia sendiri bila dia dah dapat adik.

Ada 5 'ayat keramat' yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah 'pencabar' baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana 'egonya' lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi 'PELINDUNG' adik-adik.

=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG
=========================

Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.

Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.

Guna ayat keramat, "Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang.." Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya 'bercakap' dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu. 

Selalunya, lepas suruh adik 'minta izin' untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.

==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================

Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?

So, jeritan adik sangat memberi 'ancaman' yang build 'tense' dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa 'menjauhkan' diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat "Adik, cakap baik-baik dengan Kakak.." Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, "Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik.."

Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula 'lembut' dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

"Anak faham ke reverse phsychology macam ni...?"

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.

==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================

Ni antara ayat yang paling  selalu saya guna.

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. "Adik, Adik dengar cakap Kakak ya.." Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, "Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya.."

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.

==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan 'bawa diri'. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. "Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH.." atau

 "Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya.."

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.

==============================
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
==============================

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk 'move on' dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita dah pandai 'kecil hati' dan pandai 'buat judgment' samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik 'minta maaf.'

"Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?" Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, "Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar.."

Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa 'hak' dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam 'hak' dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

==============
KESIMPULAN
==============

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku 'perebutan' meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA 'BISANYA.' Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.

Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.

Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, "Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak" dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi. :)

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

CREDIT TO : Sharifah Zahidah
23 Oktober 2017



MAKANAN PUNCA KANSER

Hari Ini Yus nak kongsikan 7 makanan punca kanser.

1. Makanan bergoreng seperti french fries, ayam goreng, pisang goreng jika digoreng dengan minyak yangdigunakan berulang kali boleh membawa kepada kanser!


2. Arang yang terhasil dari pembakaran lemak daging (bahagian hitam-hitam di daging panggang) adalah karsinogen.


3. Kulat pada roti adalah toksik 

4. MSG adalah penambah perisa yang sepatutnya digunakan sedikit saja tapi sekarang ramai yang letak banyak-banyak, terutamanya dalam makanan yang telah diproses.


5. Gula adalah makanan sel kanser, jadi kurangkan pengambilan gula terutamanya anak-anak kita.


6. Pengambilan daging merah yang terlalu banyak tanpa disertakan dengan sumber serat seperti sayur dan buah juga punca terjadinya kanser.

7. Banyak mbahan kimia yang dah ditambah dalam makanan yang diproses, jadi baiklah kita elakkan makanan macam ni. Apa kata kita DIY saja, mesti lagi sedap.

Nak lebih khasiat, berilah anak-anak dengan QASEHGOLD JUNIOR kerana ia tiada bahan pengawet atau pewarna.

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold 
0132892820