Saturday, September 2, 2017

5 tips susu meriah walau ibu bekerja sedang stress!

Assalamualaikum mommies..
Ada yang bertanya kepada bagaimana untuk kekalkan perahan susu ibu (dinilai secara kuantiti) walaupun dalam keadaan ibu yang stress.

Yus akui seminggu ini ada mengalami sedikit kekangan waktu dek urusan kerja dan juga hal2 lain di tempat kerja yang menyebabkan yus berada dalam keadaan yg kurang 'bertenang'.

Ingat kan? Hormon oxytocin akan terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Apabila ibu berada di dalam keadaan stress, bagaimana ibu hendak dapatkan kuantiti perahan yang diperlukan untuk bekalan bayi di rumah pengasuh. Setuju?

BAGAIMANA NAK MAINTAIN SUSU WALAU DALAM KEADAAN STRESS?

1. KAEDAH PERNAFASAN
====
Sebelum sesi pemerahan, ibu TARIK NAFAS sedalam-dalamnya sehingga ibu rasa seperti 'melayang ke awan biru' haaa gitu..itu bermakna ibu mendapat DEEP BREATH dan ibu pastikan keadaan bahu ibu juga 'jatuh' dan sewaktu menarik nafas, ibu tahan nafas selama mana yg boleh dan lepaskan. Ulangi sehingga beberapa kali.

2. BERTENANG dan POSITIF
===
Ibu cuba ambil sedikit masa untuk bertenang dan berfikir secara positif bahawa ibu akan dapat memberi yg terbaik untuk bayi. Sambil2 membaca atau mendengar apa2 motivasi atau bahan bacaan atau muzik atau alunan zikir yg boleh buatkan ibu berasa tenang dan gembira.

3. LUPAKAN SEKETIKA KERJA
===
Gunakan 20 minit sesi pemerahan dengan sebaiknya. Lupakan kerja seketika waktu. Kalau boleh perah di tempat yang jauh dari 'data kerja dll.' Atau berborak dengan rakan2 yg positif juga membantu! 😉

4. SEDIAKAN MAKAN DAN MINUM BERHAMPIRAN TEMPAT PEMERAHAN
===
Bagi orang yang suka makan dan minum seperti yus, pasti akan ada minuman seperti air bermineral (yus campurkan air kosong + garam mineral SOLE), susu kurma, roti atau biskut berhampiran tempat memerah. Pasti bahagia bila dpt memerah sambil makan dan minum dengan menonton youtube kan!

5. TEPATI WAKTU PEMERAHAN!
===
Walau sibuk mana pun ibu, pastikan jadual pemerahan setiap hari dipatuhi ya. Jangan sesekali skip waktu pemerahan di tempat kerja. Ambil masa sekurang2nya 20 minit untuk ibu-ibu 'berehat dari kerja' dan lakukan keempat2 tips di atas. Ingat ya ibu, MORE DEMAND MORE SUPPLY concept. Lebih kerap susu dikeluarkan, lebih lagi susu dihasilkan.

Ok..5 tips ni dahulu yus kongsikan buat ibu bekerja yang stress. Moga ibu dapat manfaat dari nota #InspirasiSusuIbu kali ini.

Bagi memastikan ibu sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila keletihan seusai bekerja, QASEHGOLD ADINDA adalah teman tenaga ibu! Kandungan serat dan khasiat kurma,madu,habbatussauda serta ramuan superfruit yang baik untuk ibu menyusu dapat meningkatkan lagi hormon oxytocin ibu-ibu menyusu.

Silakan share link channel telegram ini kepada ibu2 yang lain supaya mereka juga mendapat kebaikannya. Klik telegram.me/inspirasisusuibu

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Certified Lactation Counsellor
BNPC LC
Stokis Qasehgold Johor
0132892820

Untuk khidmat konsultasi susu ibu, boleh klik www.permatasusuan.com

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH