Tuesday, June 12, 2018

4 MAKANAN YANG ANAK PERLU ELAK KETIKA SAKAN BERAYA



 1) Air Berkarbonat
Air berkarbonat bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang tinggi menyebabkan diabetes malah boleh menjejaskan perlakuaan kanak-kanak (hyper-active)

2) Snek Makanan Ringan / Keropok
Snek biasanya dihasilkan dengan tepung yang diproses dan ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan kenaikan tahap kolestrol yang tinggi. Bahan-bahan pemprosesannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang snek bukanlah makanan yang berkhasiat untuk anak anda.



3) Daging Proses
daging burger yang sudah siap diproses kedegarannya mudah disediakan. Hanya perlu dinyahbeku dan terus digoreng kemudian siap untuk dijamah oleh anak-anak anda. Tetapi awas! Daging yang sudah diproses juga bisa disamakan seperti span yang menyerap minyak. Walaupun kesan pengambilannya tidak drastik, namun dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan juga kanser.



4) Kentang Goreng
Tidaklah sehingga perlu dihentikan serta merta dari segi pengambilannya. Tetapi haruslah dikurangkan kerana kandungan lemak dan garam yang terlalu tinggi di dalam french fries serta tiada sebarang khasiat buat kanak-kanak.



Bersederhanalah dalam menyambut lebaran yang mulia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Stokis Qasehgold
Yusnorsyazana Mohd Yunos
0132892820
http://yusnorsyazana.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH