Thursday, October 26, 2017

ADAKAH ANAK-ANAK ANDA .......

Adakah Si Manja anda...
.
[✔] Mudah letih dan lesu
[✔] Mudah batuk dan selsema dan demam
[✔] Mempunyai masalah kerosakan gigi
[✔] Mengalami masalah kulit
[✔] Terlalu kurus
[✔] Mudah sakit atau berjangkit dengan org lain
[✔] Mempunyai masalah pembuangan air besar
[✔] Memilih sangat makanan, Susah nak makan makanan berkhasiat!
[✔] Tak suka makan sayur
[✔] Payah nak maka ubat!
[✔] Mudah lupa
[✔] Sukar untuk mengingati apa yang diajarkan
.

.
“Haa....anak saya saya macam tu admin.... jadi memang saya perlukan sangat... tapi... Qaseh Gold Junior ni ape sebenarnya ya...”
.
.
Qaseh Gold Junior ini sebenarnya formulasi minuman botani... menggunakan ramuan semulajadi dan yang berkualiti... dirumus khas dengan bahan asli macam madu dan kurma... Kalau Qaseh Gold untuk orang dewasa... Qaseh Gold Junior ni pula untuk kanak-kanak!
.
.
“Oooo... Kira makanan tambahan la ni... mcm orang biasa beri anak makan vitamin atau makanan tambahan dalam bentuk sirap la ni...”
.
.
Betul tu...! Tapi Qaseh Gold Junior ni tak guna bahan kimia sebagai bahan utama... dah lulus ujian makmal... bebas steroid dan apa-apa ubat-ubatan...!
.
.
“Bagus ni.... tapi... apa je yang ada dalam Qaseh Gold Junior tu ya admin...”
.
.
Orait... ni kami senaraikan apa je yang ada kan dalam ni... lebih kurang 19 ramuan yang digunakan utk memenuhi keperluan supplement si manja anda...! Banyak bahan-bahan yang digunakan amat baik untuk kesihatan... kalau tengok kita sendiri semua dah maklum kebaikannya... 
.
.
Cuma.... Problemnya bila kita nak suruh anak kita makan satu per satu bahan ramuan ni memang susah la... kalau nak beli semuanya.... harga memang jangan kira la... tu belum lagi nak bertahan berapa lama kalau di simpan nanti.....
.
.
“Ok admin... apa je bahan yang ada dalam tuu...”
.
.
Wokey.... ini kami senaraikan ya... Bahan-bahan ramuan Qaseh Gold Junior
[✔] Kurma
[✔] Madu
[✔] Bayam
[✔] Kismis
[✔] Badam
[✔] Delima
[✔] Tiin
[✔] Bayam
[✔] Minyak Zaitun
[✔] Minyak Habbatussauda
[✔] Gam Arab
[✔] Garam Bukit
[✔] Pegaga
[✔] Gingko Biloba
[✔] Za’faran
.
.
“Wah.... banyaknya admin! Bagus-bagus pulak tu bahannya... memang tak boleh nak nafikan lagi kebaikan semua bahan ni..!”
.
.
Yup..... Bayangkan... Anda tak perlu susah payah nak beli semua bahan ni satu per satu... pastu tak perlu risau kalau bahannya rosak sebab simpan lama... paling penting tak yah susah-susah nak beri anak makan semuanya satu demi satu...
.
.
Semuanya.... Sudah dimasukkan... ALL IN ONE... dalam QASEH GOLD JUNIOR!
.
.
Memang membantu untuk memudahkan pengalaman mengamalkan makanan berkhasiat secara konsisten untuk Si Manja nanti..!
.
. 
Jom kita lihat sekali lalu apa “benefit” Qaseh Gold Junior ni...
.
.
============
KEBAIKAN QASEH GOLD JUNIOR
===========
[✔] Menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit
[✔] Melancarkan pembuangan air besar
[✔] Meningkatkan kecerdasan minda
[✔] Menyokong tumbesaran yang sihat
[✔] Membekalkan tenaga
[✔] Meningkatkan dan mengekalkan tenaga 
[✔]Meningkatkan stamina serta kecergasan sepanjang hari
.
Dan.... BANYAK LAGI...!
.
.
-QASEH GOLD JUNIOR TELAH LULUS UJIAN MAKMAL BEBAS DARI UBAT-UBATAN & STEROID. QASEH GOLD JUNIOR JUGA TELAH MENDAPAT PENGIKTIRFAN DAN DISYORKAN OLEH PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISAM MALAYSIA (PERDIM)-

bERMINAT DAPATKAN QASEHGOLD JUNIOR?

Hubungi kami seperti nombor tertera di bawah :

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

Wednesday, October 25, 2017

TIPS LENTURKAN EGO ANAK SULUNG

Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk 'lenturkan' ego Kakak.

Maklumlah, anak sulung ni kadang, ada 'ragam' dia sendiri bila dia dah dapat adik.

Ada 5 'ayat keramat' yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah 'pencabar' baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Pereferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana 'egonya' lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi 'PELINDUNG' adik-adik.

=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG
=========================

Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.

Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.

Guna ayat keramat, "Adik, minta izin dulu dari Kakak/Abang.." Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya 'bercakap' dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu. 

Selalunya, lepas suruh adik 'minta izin' untuk guna sesuatu barang, automatically Kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada Kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh Kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang. Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.

==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================

Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?

So, jeritan adik sangat memberi 'ancaman' yang build 'tense' dalam diri Kakak. Tense ni lama-lama akan buat Kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana Kakak yang lebih selesa 'menjauhkan' diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat "Adik, cakap baik-baik dengan Kakak.." Sebagai hint, nak beritahu pada Kakak, "Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik.."

Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan Kakak yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula 'lembut' dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

"Anak faham ke reverse phsychology macam ni...?"

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.

==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================

Ni antara ayat yang paling  selalu saya guna.

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA.. "Adik, Adik dengar cakap Kakak ya.." Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, "Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya.."

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.

==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan 'bawa diri'. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. "Adik, tengok Kakak lukis ni, hebat kan Kakak? SubhanALLAH.." atau

 "Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya.."

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.

==============================
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
==============================

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk 'move on' dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita dah pandai 'kecil hati' dan pandai 'buat judgment' samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik 'minta maaf.'

"Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?" Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan Kakak. Sambil beritahu kepada Kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, "Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar.."

Ini situasi benar yang selalu saya hadapi. Bila Kakak rasa 'hak' dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam 'hak' dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

==============
KESIMPULAN
==============

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku 'perebutan' meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA 'BISANYA.' Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.

Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.

Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, "Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak" dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi. :)

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

CREDIT TO : Sharifah Zahidah
23 Oktober 2017



MAKANAN PUNCA KANSER

Hari Ini Yus nak kongsikan 7 makanan punca kanser.

1. Makanan bergoreng seperti french fries, ayam goreng, pisang goreng jika digoreng dengan minyak yangdigunakan berulang kali boleh membawa kepada kanser!


2. Arang yang terhasil dari pembakaran lemak daging (bahagian hitam-hitam di daging panggang) adalah karsinogen.


3. Kulat pada roti adalah toksik 

4. MSG adalah penambah perisa yang sepatutnya digunakan sedikit saja tapi sekarang ramai yang letak banyak-banyak, terutamanya dalam makanan yang telah diproses.


5. Gula adalah makanan sel kanser, jadi kurangkan pengambilan gula terutamanya anak-anak kita.


6. Pengambilan daging merah yang terlalu banyak tanpa disertakan dengan sumber serat seperti sayur dan buah juga punca terjadinya kanser.

7. Banyak mbahan kimia yang dah ditambah dalam makanan yang diproses, jadi baiklah kita elakkan makanan macam ni. Apa kata kita DIY saja, mesti lagi sedap.

Nak lebih khasiat, berilah anak-anak dengan QASEHGOLD JUNIOR kerana ia tiada bahan pengawet atau pewarna.

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold 
0132892820







Tuesday, October 24, 2017

TIPS MANFAATKAN CUTI

Assalamualaikum..
Ada di kalangan sahabat pembaca yang suka CUTI? (read : bukan pergi bercuti tau)
Kadangkala di tengah minggu pun akan ada cuti yang terselit kan? Atau di hujung minggu sebelum cuti hujung minggu itu sendiri (seperti hari khamis ini Johor cuti) Maka kami ada 3 hari cuti *termasuk cuti hujung minggu.

Apa yang mahu di buat sepanjang cuti 3 hari ni?
Haaaa..Yus ada cadangan. Apa kata ikuti aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bercuti nanti seperti di bawah :-


1. Lakukan Aktiviti Bersama Keluarga

Bagi mereka yang jarang-jarang pulang ke kampung bersama keluarga, nah! ketika cuti inilah merupakan peluang keemasan yang Allah beri untuk kita meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga. Kita boleh buat Family Trip atay Family Day Trip ke tempat-tempat rekreasi dan lain-lain kawasan yang mendamaikan serta boleh membuatkan seisi keluarga lebih ceria. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah pergi ke Zoo, Taman rama-rama, Taman Tema Air, atau berkelah di tepi tasik/pantai. Best kan?


2. Aktiviti Bersama Kawan

Percutian yang dirangka tentunya menjadi lebih bermkna apabila dilakukan bersama teman tersayang. Tidak kira bersama keluarga, mahupun rakan-rakan. Jika sebelum ini anda tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersantai bersama mereka..Waktu cuti ini adalah waktu yang sangat sesuai! Percutian reunion bersama rakan-rakan juga boleh dilakukan dengan aktiviti seperti backpacking, camping, aktiviti sukan air, memancing, mendaki gunung dan sebagainya.


3. Membudayakan Aktiviti Ilmiah

Jadikan cuti kita lebih bermakna dengan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang insan yang berilmu. Mengikuti aktiviti-aktiviti ilmiah dan kerohanian seperti usrah, menghadiri konferens, ceramah-ceramah motivasi/agama mahupun membaca pelbagai bahan ilmiah. Walau bagaimanapun bahan ilmiah tidak menjurus kepada satu-satu bidang sahaja. Andai kita mengambil bidang Senibina, apa salahnya untuk mengetahui tentang dunia masakan, ilmu hadith, akaun, kejuruteraan, kesihatan dan sebagainya.

4. Memasuki Kursus Jangka Pendek

Kursus jangka pendek ini berfungsi untuk mengajar masyarakat mengenai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Antara kursus jangka pendek (yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang) adalah seperti kursus menjahit, kursus asas komputer, menggubah bunga dan sebagainya yang tidak terdapat di dalam silibus pelajaran di sekolah mahupun dipelajari di Universiti.


5. Menyertai Program Khidmat Masyarakat

Ada sesetengah dari kita yang gemarkan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan social skill. Sekiranya anda gemarkan aktiviti sedemikian, di luar sana terdapat pelbagai NGO yang boleh kita daftar sebagai sukarelawan. Program khidmat masyarakat in boleh juga dilakukan bersama keluarga dan kita boleh jadikan ia sebagai sebahagian pendidikan untuk anak-anak lebih menghormati alam dan masyarakat sekeliling.


6. Berkebun Menyihatkan Badan

Walaupun hanya sedikit sahaja tanah yang terdapat di kawasan rumah, namun ia juga boleh dijadikan sebagai ruang comel untuk kita berkebun. Kita boleh mengajak ahli keluarga untuk turut sama beriadah dengan menanam pokok ataupun mengenali unsur-unsur tanah dan alam.


7. Shopping @ Window Shopping!

Haaaa...kali ni amat best! Yus suka berjalan di dalam shopping mall. Bukan untuk membeli belah tetapi untuk mencuci mata. Cuma bila keluar dengan anak-anak, sediakan sahaja duit mainan mereka (oh ini yang rasa x jadi nak keluar) hihihi..Tetapi bagi orang yang suka berjalan-jalan melihat ragam orang, di shopping mall adalah tempat yang tepat! Bukan sahaja ia dapat riadah mata, tetapi ia juga dapat membentuk hati supaya lebih kuat! (supaya jangan shopping...ye la tu)

Ok, panjang pula kita celoteh, Selamat bercuti semua!

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820

Bagi khidmat konsultasi kesihatan dengan produk Qasehgold, boleh hubungi yus ya.
Agen Dropship juga diperlukan.

Monday, October 23, 2017

TIPS TAMBAH TENAGA UNTUK IBU HAMIL


Assalamualaikum semua! 

Semua masih bertenaga tak? Alhamdulillah,saya masih lagi bertenaga..walaupon xde siapa yang menanya..huhuhu.. Ok..topikkali ni adalah TIPS TAMBAH TENAGA UNTUK IBU HAMIL..Kesian kan tengok orang mengandung tak larat dah nak bawak perut, tapi tu kalau penat sebab bawak perut, lagi kesian kalau yang morning sickness tu, lagi penat.. Penat sebab muntah, pening loya semua ada kan? Jadinya, saya nak share tips tambah tenaga untuk ibu hamil.. Antara tipsnya adalah :

⭐ Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran


⭐ Makan sedikit dan kerap




⭐ Tidur dengan meletakkan sebiji bantal di celah-celah kaki dan tiga biji lagi di bawah kepala (Serius BEST sbb saya pon cenggini setiap kali pregnant)


⭐ Meminum segelas susu suam dan diikuti dengan mandian yang merelakskan (Saya suggest Qaseh Gold Premier jika uolls tak lalu nak minum susu)


⭐ Berehat selama beberapa minit apabila keadaan mengizinkan. Namun demikian, ibu hamil yang bekerjaya masih memerlukan makanan tambahan untuk memastikan mereka segar dan sentiasa cergas bertenaga.




Marilah amalkan Set Kehamilan Qaseh, In Sha Allah, ibu-ibu hamil yang keletihan akan kembali cergas dan bertenaga.. Lagi-lagi kalau anda amalkan minum Qaseh Gold Premier ni setiap pagi & malam, In Sha Allah, bertenaga sepanjang hari.

Banyak khasiat Qaseh Gold Premier ni.. Antara khasiat Qaseh Gold Premier & Garam Mineral SOLE:
⭐ Membantu meningkatkan kesihatan yg lebih optima
⭐ Memberi tenaga sepanjang hari
⭐ Menguatkan minda
⭐ Membantu menstabilkan emosi
⭐ Membantu meningkatkan kesihatan tulang & sendi
⭐ Membantu meningkatkan penglihatan dengan lebih jelas
⭐ Membantu meningkatkan penghadaman yg lebih baik
⭐ Membantu menguatkan sistem imun tubuh


Qaseh Gold Premier!
100% semulajadi!
Diperkaya dengan tambahan Kalsium Semulajadi!
Lebih Padat!
Lebih Khasiat!
Bebas Perisa!

Berminat dengan SET KEHAMILAN QASEH?
Hubungi kami segera untuk kami bantu ibu semua :)

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MY
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

PUNCA SEMBELIT

SEMBELIT LAGI KE DIK??
--------------------------------------
Haaaa..masalah besarrrr ni! Sembelit boleh membawa penyakit-penyakit lain kepada anak-anak kita.
Ketahuilah puncanya!

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MY
Stokis Qasehgold 
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.my










Sunday, October 22, 2017

TIPS BENTUK KELUARGA HARMONI

tips-tip membentuk keluarga yang HARMONI




🏡 Doa yang berterusan 

🏡 Mainkan peranan & tanggungjawap masing-masing dengan rasa ikhlas.

🏡 Murah dengan sentuhan & perhatian untuk pasangan serta anak-anak.

🏡 Jika berlaku salah faham & pertengkaran, ambil masa untuk muhasabah diri & meminta maaf.

🏡 Mengatur waktu dengan teratur supaya mempunyai
"quality time" bersama yang tersayang.

Sama-sama memperbaiki kekurangan diri. Jika semalam kita membuat silap, tiada salahnya hari ini mulut & tangan menghulurkan salam kemaafan. Ingat, keluarga ini adalah amanah dari Allah SWT. Moga kita memperolehi keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH & WARRAHMAH


Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Qasehgold
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

untuk PENGEPOSAN percuma, terus ke http://shopee.com.my/cutiecolour.my
👨‍👩‍👦‍👦💞


S