Tuesday, June 30, 2015

Gabungan Unik 15 ramuan hebat di dalam QASEH GOLD JUNIOR

Qaseh Gold JUNIOR merupakan minuman yang mengandungi campuran dari 15 ramuan hebat yang terdiri daripada makanan sunnah terbaik iaitu KURMA, MADU, KISMIS, TIIN, ZAITUN, DELIMA, HABBATUSSAUDA & AIR ZAMZAM. Ia juga diperkayakan lagi dengan tambahan ramuan ZA'FARAN, GARAM BUKIT, GAM ARAB (AL-MANNA), PEGAGA, BADAM & BAYAM.


Qaseh Gold JUNIOR membantu anak-anak anda dalam :-

  • Membekalkan tenaga
  • Mencerdaskan minda
  • Menguatkan sistem Imun
  • Menyokong tumbesaran 
  • Membekalkan Serat kepada tubuh


Berikut adalah perincian mengenai ramuan yang terkandung di dalam Qaseh Gold JUNIOR :- 

1) KURMA

Kurma adalah sumber serat yang kaya dengan khasiat gula semulajadi dalam membekalkan tenaga, menguatkan sistem imun dan juga minda.


Kajian menunjukkan bahawa kurma mengandungi kadar konsentrasi ANTI-OKSIDAN yang tertinggi di kalangan buah-buahan kering.

Amalan pengambilan kurma dalam pemakanan seharian juga dapat menstabilkan EMOSI. Ia juga membantu dalam pelawasan yang terbaik kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya.

2) MADU



Madu merupakan satu ramuan yang sangat menakjubkan. Ia kaya dengan VITAMIN dan MINERAL untuk menyokong sistem tubuh yang lebih sihat. Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda dan meningkatkan tenaga!

Madu bercirikan ANTI-BAKTERIA, ANTI-OKSIDAN & ANTI VIRUS untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh.


3) HABBATUS SAUDA'



Habbatus Sauda' juga dikenali sebagai 'jintan hitam'. Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah menyifatkan habbatus sauda' sebagai penawar kepada pelbagai penyakit keculai mati.

Kajian juga mendapati bahawa habbatus sauda' berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan membekalkan tenaga kerana ciri ANTI-BAKTERIA, ANTI-VIRUS, ANTI-HISTAMIN, ANTI-FUNGUS & ANTI-OKSIDAN serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asthma, bronkitis, enczema, alahan dan batuk.

4) BUAH TIIN



Ia merupakan sumber mineral, vitamin * anti-oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawat sebarang jangkitan penyakit. Buah tiin juga dikatakan berupaya untuk melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.

5) MINYAK ZAITUN


Minyak zaitun cukup popular di negara Mediterranean serta merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah S.A.W yang cukup unik.

Minyak zaitun kaya dengan VITAMIN E & polyphenols iaitu sejenis anti-oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Pengambilan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu dalam memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

6) DELIMA


Buah delima terkenal dengan anti-oksidan yang tinggi. Ia juga mengandungi VITAMIN dan MINERAL yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta dapat membantu dalam membaikpulih sel tubuh yang telah rosak akibat radikal bebas di persekitaran kita.

7) AIR ZAM ZAM


Air yang penuh keberkatan dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu dalam meingkatkan sistem imun tubuh.

8) ZA'FARAN


Ia dikatakan sebagai rempah yang termahal di dunia. Namun ia padat dengan KHASIAT KESIHATAN. Merupakan sumber mineral yang baik seperti KALSIUM POTASSIUM, ZAT BESI & ZINK yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat. Ia juga baik untuk melegakan masalah asthma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.

9) GINGKO BILOBA


Gingko Biloba ini terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan gingko biloba berupaya merangsang fungsi minda dan juga menguatkan daya ingatan.

Gingko mengandungi anti-oksidan flavanoid & terpenoid yang melindungi sistem saraf, otot jantung, pembuluh darah & retina mata.

10) PEGAGA


Pegaga juga dalam bahasa saintifik nya Centella juga dikenali sebagai gotu kola, ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuklah dapat melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asthma, demam dan selsema.

Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental dan mencergaskan tubuh.

11) GARAM BUKIT


Garam bukit merupakan garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Ia membantu dalam memperbaiki sistem pernafasan dan melawan jangkitan penyakit, merangsang fungsi metabolisme, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki sistem penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel dan menggantikan elektrolit yang hilang.

12) GAM ARAB (AL-MANNA)


Ia juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana hanya didapati daripada pokok jenis itu sahaja. Ia merupakan PREBIOTIK semulajadi yang dapat membantu dalam menyihatkan usus dan melegakan masalah sembelit.

13) KISMIS


Kismis sangat membantu dalam membekalkan tenaga, dan dapat meningkatkan keupayaan minda.

Ia bersifat ANTI-BAKTERIA dan ANTI-OKSIDAN supaya tubuh kuat bagi melawan pelbagai jangkitan. Mengandungi mineral yang boleh menguatkan tulang, serta dapat melindungi gigi.

14) BADAM


Badam termasuk di dalam keluarga kekacang yang dapat membantu dalam membina sistem kekebalan tubuh. Ia mengandungi RIBOFLAVIN untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh.

Ia kaya dengan sumber PROTIEN, VITAMIN E dan MINERAL seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.

15) BAYAM


Tidak dinafikan bahawa sayur bayam ialah sayur yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi flavanoid yang berfungsi sebagai ANTI-OKSIDA dan ANTI-INFLAMASI untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Bayam kaya dengan pelbagai VITAMIN dan MINERAL serta ZAT BESI yang membantu dalam mengatasi masalah anemia dan keletihan serta kalsium dan magnesium adalah untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH