Sunday, June 14, 2015

Tips Mengurus Kewangan yang Bijak

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum W.B.T.
Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk saya berkongsi rasa serta ilmu bersama kalian. INSYAALLAH!


Seharian semalam menuntut ilmu kewangan (Cash Flow Management) di HQ ANA EDAR di Gombak Selangor. Sebagai Konsultan QasehGold yang terlatih, banyak ilmu yang saya perlu gali lagi dan lagi dan lagi bagi memantapkan skill serta mengembangkan buah fikiran untuk dikongsi bersama rakan pembaca sekalian.

Tips mengurus kewangan yang bijak :-

1. Pembahagian Pendapatan bulanan (gabungan suami isteri-sekiranya telah berkahwin) dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Saving (Simpanan), Expenses (Perbelanjaan) & Liability (Tanggungan)

Cth : gaji suami rm3500 + gaji isteri rm1500 total rm5000

1/3 daripadanya adalah untuk simpanan
1/3 daripadanya adalah untuk perbelanjaan 
1/3 daripadanya adalah untuk tanggungan (hutang piutang)

Bagi memastikan setiap bahagian tersebut mengikut pembahagian yang terbaik, ia perlulab DIREKOD!

2. Selesaikan hutang yang SEDIKIT dahulu sehingga selesai bayaran penuh. Setelah selesai, baki yang sepatutnya untuk dibayar ke hutang tersebut boleh di'cover' bayaran lebih ke hutang seterusnya.

Contoh :-

a) Hutang Personal Loan Rm5000 (bulanan perlu bayar rm150)
b) Hutang Belajar Rm40,000 (bulanan rm300++)

Tindakan terbaik adalah membayar hutang a & b secara berkala mengikut kadar yang ditetapkan. Sekiranya kita mempunyai lebihan wang di dalam ukur aras (Liability), maka JANGAN SESEKALI dibawa ke ukur aras (Perbelanjaan) ya! Tetapi dibuat bayaran ke perkara a tadi. 

Rm150 + rm50 (lebihan wang) & kita akan berupaya untuk menghabiskan hutang tersebut dalam jangka masa yang lebih cepat DENGAN SYARAT kita tidak membuat hutang lain..

Setelah selesai bayaran perkara a, kita ada lebihan rm200 untuk bayaran hutang belajar pula.. 
dan begitulah seterusnya..

3. BERZAKAT!

Zakat menyucikan harta dan jiwa. Ingat ya! Setiap pendapatan kita, 2.5% daripadanya adalah milik orang lain. InsyaAllah, rezeki kita akan sentiasa ada. Jangan risau ya! 

4. Amalkan gaya hidup sederhana

Apabila kita mengekalkan cara dan gaya hidup bersederhana, InsyaAllah segalanya mencukupi. Islam juga mengajar kita untuk bersederhana dalam segala segi. Namun, ia perlulah dengan mengikut syariat. Jangan terlalu 'bersederhana' sehingga mengabaikan yang lain. Itu sudah menjadi 'hal lain' pula nanti kan.

InsyaAllah yus akan kongsikan tips-tips lain di entri yang lain pula ya.

Jom kita ber QASEH dahulu.
Wallahu a'lam..

Untuk setiap pertanyaan serta tempahan produk keluaran syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. terutamanya produk QASEH GOLD, boleh hubungi saya seperti perincian di bawah :-

YUSNORSYAZANA
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
cutiecolour@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Terima QASEH