Tuesday, January 19, 2016

Tips Rezeki Dalam Berniaga

Tips Rezeki Dalam Berniaga
=======================

Untuk sentiasa memastikan 9/10 Rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati, pastikan cara kita menarik rezeki itu juga adalah mengikut landasan yang betul InsyaAllah.

1) Dalam mengejar keuntungan, jangan lupa kerugian juga tetap menanti di depan mata. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.

2) Berniagalah dengan amanah dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.


3) Perniagaan mendidik diri kita agar menjadi insan yang sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Dari sini, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.

4) Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkan dari dosa besar ini.

5) Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga.

6) Pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.

7) Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.

**Petikan Blog Irfan Khairi​
Terima Qaseh atas ilmu yang dikongsi..

Saya adalah STOKIS SAH Ana Edar Sdn.Bhd. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya,

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Contact No. :013-2892820
Email : cutiecolour@gmail.com
Laman Web : http://yusnorsyazana.blogspot.my
FB Page : QasehGold Formulasi Makanan Sunnah 


No comments:

Post a Comment

Terima QASEH