Sunday, October 22, 2017

URUTAN BOLEH MEMPENGARUHI PROSES TUMBESARAN


Anak pertama dan kedua..jarang sekali dapat mengurut mereka dek mama asyik mengejar hal dunia. Berbeza pula dengan anak ketiga, mama lebih bersedia dan (konon) mengikut pengalaman yang lepas. Urutan kepada baby sejak dilahirkan dapat mempengaruhi proses tumbesaran bayi.
Nak tahu? Ia betul-betul terjadi! Anak ketiga ini Yus memang tidak lepaskan peluang untuk mengurut seusai mandi atau untuk sedawakannya. Nak tahu sebab apa Yus (baru sedar) perkara ini dan nak tahu bagaimana urutan ini boleh mempengaruhi proses tumbesaran bayi?

Berdasarkan kepada buku Urutan Mesra buat Si Manja, apabila kita mengurut bayi. kita merenung mereka mesra dan mereka juga memandang ke arah kita. Keduanya betul-betul sedang menyesuaikan diri dengan sesi urutan itu.

Apabila kita mengurut bayi, kita bukan sahaja membina perhubungan dan membantu perstrukturan otak mereka, malah urutan juga boleh menguatkan deria penglihatan, perasaan, rasa, pergerakan dan keseimbangan.

Fungsi ini lah yang mendorong untuk bayi akan terasa lebih dekat dan sentiasa berada di dalam pelukan kasih sayang daripada seorang ibu/nenek/atuk/ayah nya.

Seronok tau bila mengurut perlahan kulit bayi yang lembut itu. Nak wangi dan juga minyak berstruktur lembut, boleh cuba TONIK Ana yang best ni.. Bukan sahaja untuk diguna di rambut, malah ia boleh dipelbagaikan kepada minyak urut, masker muka dsbgnya.

Ia tanpa bahan kimia bahaya. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur.



Yusnorsyazana Mohd Yunos
(diambil petikan dari Urutan Mesra buat Si Manja)
Stokis Qasehgold Johor
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

Thursday, October 19, 2017

MELATIH ANAK PILIH MAKANAN SIHAT

Hi/Salam..
Kali ini yus nak kongsikan bersama para pembaca 8 TIPS melatih anak untuk memilih makanan sihat.
Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh terus hubungi kami di talian 0132892820 atau boleh ke http://yusnorsyazana.blogspot.com
=====
STOKIS QASEHGOLD ANDA
😍










Wednesday, October 18, 2017

8 Makanan Hebat Buat si Manja

Assalamualaikum.
Di sini yus kongsikan bersama 8 makanan hebat untuk dijadikan sebagai snek harian anak-anak.
Yang penting ia lebih selamat dan semulajadi. Dan SEDAP! πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
.
Lagi nak tau x? 5 daripada 8 makanan ini terdapat di dalam QASEHGOLD JUNIOR tau 😍
.
Agen pesan hantar (dropship) dan Rakan Niaga diperlukan. Whatsapp 0132892820 sekarang😊
.
Sayangi diri dan keluarga,
Yusnorsyazana
Stokis Qasehgold
http://yusnorsyazana.blogspot.my











Thursday, September 28, 2017

7 TIPS ANAK SIHAT

Assalamualaikum..
Hari ini yus nak share sedikit 7 TIPS ANAK SIHAT untuk ibu ayah yang mahukan anak-anak sentiasa sihat bertenaga.
Seringkali ibu ayah selalu terlepas pandang mengenai perkara ini kan?
Jom kita semak semula apa yang boleh kita lakukan untuk didik anak-anak kita :)

1. Perkenalkan piramid makanan

Berapa ramai di antara kita yang faham tentang keperluan pengambilan makanan mengikut piramid makanan seimbang? Kebanyakan kita tidak peka terhadap keperluan zat makanan yang kita makan setiap hari. Apa kata anda ajar anak tentang piramid makanan dan keperluan makanan mengikut kategori seperti karbohidrat, protein, kalsium, sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka faham tentang apa fungsi setiap kumpulan makanan itu mudahlah untuk anda menggalakkan mereka makan makanan yang seimbang.



2. Jangan perkenalkan 'jajan'


'Jajan' atau makanan ringan memang menjadi kesukaan kebanyakan kanak-kanak tetapi ia adalah musuh utama ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak makan 'jajan' kerana ia tidak berkhasiat. Namun kadang kala ada orang luar yang memberikan anak anda makanan tersebut tanpa disedari atau ada juga ibu bapa yang memang membiasakan anak dengan 'jajan' kerana tidak mahu anak mengamuk. Ia satu tindakan yang salah kerana apabila sudah mendedahkan mereka dengan 'jajan' sejak kecil lagi maka mereka akan lebh gemar makan makanan tersebut bebanding makanan berkhasiat.


3. Mesti sarapan pagi



Jangan jadikan waktu pagi yang sibuk sebagai alasan tidak bersarapan. Biasakan anak makan sarapan pagi walaupun sekadar minum susu dan makan roti. Sarapan pagi disarankan agar keperluan kalori yang menjana tenaga anak dapat disediakan. Biasakan anak mengambil sarapan pagi sejak awal usia lagi.


4. Banyakkan minum air masak


Air sangat diperlukan dalam badan manusia. Biasanya anak kecil tidak suka minum air terutama air masak. Oleh kerana mereka sangat aktif maka golongan kanak-kanak mudah terkena dehidrasi. Ajar anak anda biasa minum air masak dalam kuantiti yang banyak sejak kecil lagi. Beritahu mereka mengapa semua orang perlu minum air masak. Jika boleh tunjukkan atau beritahu kesan buruk yang bakal diperoleh jika kurang minum air masak.


5. Katakan tidak pada air manis



Anak kecil tidak tahu tentang minuman manis dan berperisa seperti air berkarbonat,  minuman kotak dan sebagainya yang manis jika tidak diperkenalkan oleh orang dewasa. Minuman ini tinggi kandungan gulanya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak fokus kepada sesuatu perkara.


6. Biasakan kudapan berkhasiat



Ibu perlu kreatif menyediakan makanan sihat untuk anak. Kalau anak cerewet untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya lagi, maka pelbagaikan cara penyediaan makanan tersebut agar menjadi makanan yang menarik kepada kanak-kanak. Misalnya anda boleh membuat sendiri kudapan seperti kerepek ubi keledek, kentang, sayur bayam, ais krim oreo, smoothies buah-buahan dan sebagainya lagi bagi menggantikan makanan/minuman ringan yang dijual di luar.


7. Galak anak aktif


Biasakan anak-anak aktif  bermain di luar rumah berbanding hanya terperap menonton televisyen atau bermain permainan video di dalam rumah ambil mengunyah makanan ringan. Anak yang aktif akan lebih bertenaga dan sihat kerana ketika bermain mereka mengeluarkan peluh.
 
Untuk pemakanan yang mudah dan disukai oleh anak-anak, mudah sahaja..
Dalam sebotol QASEHGOLD JUNIOR membantu anak-anak kekal bertenaga dan lebih sihat.

Isi Kandungan Qaseh Gold Junior:
1- Air Zam ZAm
2- Kurma
3- Kismins
4- Madu
5- Habbatus Sauda
6- Delima
7- Zaitun
8- Buah Tiin

TAMBAHAN:
9- Badam
10- Bayam

Khasiat Qaseh Gold Junior:
1- Baik untuk perkembangan minda [intelektual] anak2
2- Meningkatkan system imuniti [kekebalan] anak2
3- Memberi tenaga segera agar anak2 lebih focus dalam pembelajaran
4- Membantu system pelawasan anak2 [elak sembelit]
5- Mengurangkan masalah asma dan masalah eczema [alahan]
6- Mengurangkan masalah selesema, batuk & kahak

SEMUA ITEM READY STOCK
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA
KONSULTASI SELEPAS PEMBELIAN
430ML/BOTOL

Hubungi kami,
STOKIS QASEHGOLD
013-2892820 (yusnorsyazana)
http://yusnorsyazana.blogspot.my

Saturday, September 2, 2017

2 pencapaian dalam sebulan dengan QASEHGOLD

Alhamdulilah!

Tahniah Diucapkan Kepada Pencapai Ke Empat Puluh Sembilan Kita Untuk New Weekly Contest Yang Berlangsung dari 7hb - 14hb ogos 2017 DAN Dari 21hb sehingga 29hb Ogos 2017 ini Sempena Grand Contest #WinCashGoldQasehQKN 2017 iaitu Puan Yusnorsyazana Mohd Yunos Yang Berpeluang Memenangi Cabutan Bertuah Voucher QasehGold Bernilai RM100 Dan Juga Semestinya Berpeluang Layak Menerima Cash RM250 Dan Gold Bar Untuk Grand Contest #WinCashGoldQasehQKN Yang Akan dilakukan Pada Awal September Nanti. Semoga Dengan Kejayaan Ini Sebagai Batu Loncatan Dan Motivasi Untuk Terus Jihad Sihat Dan Bisnes Menyebarkan Manfaat Melalui #QasehGold
Tahniah!!!

Mari bersama-sama Yus menyebarkan manfaat QASEHGOLD dengan mendaftar sebagai AGEN (RAKAN NIAGA) di kawasan anda.

Hanya belian serendah RM180 dan anda layak menjadi Agen kami!

Salam sayang,
Yusnorsyazana MY
Stokis Qasehgold Johor
0132892820

5 tips susu meriah walau ibu bekerja sedang stress!

Assalamualaikum mommies..
Ada yang bertanya kepada bagaimana untuk kekalkan perahan susu ibu (dinilai secara kuantiti) walaupun dalam keadaan ibu yang stress.

Yus akui seminggu ini ada mengalami sedikit kekangan waktu dek urusan kerja dan juga hal2 lain di tempat kerja yang menyebabkan yus berada dalam keadaan yg kurang 'bertenang'.

Ingat kan? Hormon oxytocin akan terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Apabila ibu berada di dalam keadaan stress, bagaimana ibu hendak dapatkan kuantiti perahan yang diperlukan untuk bekalan bayi di rumah pengasuh. Setuju?

BAGAIMANA NAK MAINTAIN SUSU WALAU DALAM KEADAAN STRESS?

1. KAEDAH PERNAFASAN
====
Sebelum sesi pemerahan, ibu TARIK NAFAS sedalam-dalamnya sehingga ibu rasa seperti 'melayang ke awan biru' haaa gitu..itu bermakna ibu mendapat DEEP BREATH dan ibu pastikan keadaan bahu ibu juga 'jatuh' dan sewaktu menarik nafas, ibu tahan nafas selama mana yg boleh dan lepaskan. Ulangi sehingga beberapa kali.

2. BERTENANG dan POSITIF
===
Ibu cuba ambil sedikit masa untuk bertenang dan berfikir secara positif bahawa ibu akan dapat memberi yg terbaik untuk bayi. Sambil2 membaca atau mendengar apa2 motivasi atau bahan bacaan atau muzik atau alunan zikir yg boleh buatkan ibu berasa tenang dan gembira.

3. LUPAKAN SEKETIKA KERJA
===
Gunakan 20 minit sesi pemerahan dengan sebaiknya. Lupakan kerja seketika waktu. Kalau boleh perah di tempat yang jauh dari 'data kerja dll.' Atau berborak dengan rakan2 yg positif juga membantu! 😉

4. SEDIAKAN MAKAN DAN MINUM BERHAMPIRAN TEMPAT PEMERAHAN
===
Bagi orang yang suka makan dan minum seperti yus, pasti akan ada minuman seperti air bermineral (yus campurkan air kosong + garam mineral SOLE), susu kurma, roti atau biskut berhampiran tempat memerah. Pasti bahagia bila dpt memerah sambil makan dan minum dengan menonton youtube kan!

5. TEPATI WAKTU PEMERAHAN!
===
Walau sibuk mana pun ibu, pastikan jadual pemerahan setiap hari dipatuhi ya. Jangan sesekali skip waktu pemerahan di tempat kerja. Ambil masa sekurang2nya 20 minit untuk ibu-ibu 'berehat dari kerja' dan lakukan keempat2 tips di atas. Ingat ya ibu, MORE DEMAND MORE SUPPLY concept. Lebih kerap susu dikeluarkan, lebih lagi susu dihasilkan.

Ok..5 tips ni dahulu yus kongsikan buat ibu bekerja yang stress. Moga ibu dapat manfaat dari nota #InspirasiSusuIbu kali ini.

Bagi memastikan ibu sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila keletihan seusai bekerja, QASEHGOLD ADINDA adalah teman tenaga ibu! Kandungan serat dan khasiat kurma,madu,habbatussauda serta ramuan superfruit yang baik untuk ibu menyusu dapat meningkatkan lagi hormon oxytocin ibu-ibu menyusu.

Silakan share link channel telegram ini kepada ibu2 yang lain supaya mereka juga mendapat kebaikannya. Klik telegram.me/inspirasisusuibu

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Certified Lactation Counsellor
BNPC LC
Stokis Qasehgold Johor
0132892820

Untuk khidmat konsultasi susu ibu, boleh klik www.permatasusuan.com

Wednesday, August 2, 2017

Jom sertai #WinCashGoldQasehQKN

Assalamualaikum..

Berita Gembira!!!!
Sempena Kedatangan Bulan Merdeka Ini, QASEH KAZIM NETWORK Akan Menganjurkan Cabaran Merdeka Dimana Cabutan Bertuah Kepada Semua RANIA QKN. Pelbagai Hadiah Menarik Dan Lumayan Bernilai RM 6,000 Menanti RANIA yang Bertuah.

Syarat Penyertaan

1. Register Nama Di Link https://goo.gl/forms/JnJ0ROdUTNfpkJNI3
2. NM Kiraan Mengikut Produk Starvarganza.
3. Pembelian Hanya Melalui Stokis-stokis Di Bawah #QasehKazimNetwork Sahaja.




Dengan pendaftaran tersebut, anda layak untuk mendapat RM250 CASH tau!

Cabutan Bertuah
----------------------
A. Kategori RANIA 
10 Cabutan Bertuah Bernilai RM 250 Setiap Satu

B. Kategori PP ( Stokis) 
2 Cabutan Khas Bernilai RM 500 Setiap Satu

C. Kategori Recruiter
2 Cabutan Khas  Untuk Recruiter Bernilai RM250 Setiap Satu. 

TOP MELETOP ACHIEVERS
-----------------------------------
Semua Pencapai Layak Mendapat GOLD BAR Setiap Seorang.

A. Top 5 RANIA

B. Top 2 PP 

C. Top 3 Recruiter 

wow best kan?
Jom kita sama-sama untuk dapatkannya!

Beli 1 botol Qaseh pun dah layak tau uolz!

STOKIS QASEHGOLD anda,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
013-2892820
Facebook : Yusnorsyazana Mohd Yunos