Sunday, April 19, 2015

JANGAN yang JANGAN

Apabila kita menjadi khalifah Allah, 'JANGAN' ini perlu dihindari..

JANGAN kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.

JANGAN terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agama.

JANGAN henti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut beratus kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki!

JANGAN bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya. Kesemuanya telah ditentukan.

JANGAN membazir. Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga

JANGAN lupa bersyukur dengan pemberian-Nya walau sekecil mana

JANGAN suka cari kesalahan orang lain, kalau itu yang kita cari, memang kesalahan lah yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.

JANGAN mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup.

Hindari 'JANGAN' untuk menjadikan diri lebih positif dan menjadi manfaat buat semua..

Salam QASEH,
Yusnorsyazana
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
cutiecolour@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH