Thursday, April 30, 2015

PENJUAL vs KONSULTAN

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah kali ini yus ingin kongsikan bersama para pembaca mengenai PERBEZAAN Penjual dan juga Konsultan. Kita selalu mendengar bahawa di media massa (maya) mahupun di luar sana (realiti) mengenai Penjual Barangan / Produk dan adakalanya seseorang itu menggunakan kata nama sebagai Konsultan. Adakah kedua-duanya berbeza?

YA! Kedua-duanya berbeza walaupun kelihatan seperti sama..

Yus pernah mendapat mesej dari seorang sahabat mengenai produk yang dijual ini. Beliau membeli produk QASEH ini di sebuah kedai yang termasyhur juga di sini. Tujuan utama beliau membeli adalah disebabkan oleh batuk yang tidak henti-henti, maka beliau berikhtiar dengan makanan sunnah pula. (Alhamdulillah..beliau sedar bahawa makanan sunnah ini baik untuk kesihatan). Namun begitu, penjual di kedai tersebut tidak memberitahu apa-apa pun berkaitan dengan produk QASEH ini. Hanya dibeli dan diamalkan sahaja mengikut saranan di kotak. Namun batuk nya masih tidak berhenti walaupun berkurang sedikit.

Maka, beliau menghubungi saya untuk mengesahkan tentang cara pengambilan QASEH ini. Adakah betul atau tidak? Saya bertanya kepada beliau, tiada penjual yang memberitahu tentang cara pemakanannya ke? Beliau hanya menggelengkan kepala. Membeli sebab iklan dan juga TERJUMPA di kedai yang beliau pergi.

Bezanya kita membeli di kedai (penjual tidak tahu apa-apa pun mengenai produk) disebabkan produk yang dijual terrrrrlalu banyak dan bercampur-campur. Dan kita sebagai KONSULTAN, kami pergi ke kelas makanan sunnah yang telah dianjurkan oleh syarikat Ana Edar. Selain itu, kami memang dididik untuk memberikan perkhidmatan konsultasi serta nasihat secara PERCUMA kepada semua PELANGGAN kami.

Selepas 2 hari, saya menghubungi sahabat saya ini dan bertanyakan tentang batuk nya itu. Alhamdulillah, dia kata batuknya semakin pulih dan dirinya pula bertambah bertenaga! Itu selepas beliau bertanyakan serta meminta nasihat mengenai QASEH bagi membantu untuk meringankan penyakit batuk nya.

Nah!!! 

Beza kan??
Bezaaaaa memang berbezaaaa...

PENJUAL HANYA TAHU MENJUAL TANPA MENGETAHUI SECARA TERPERINCI MENGENAI PRODUK.

Manakala

KONSULTAN ADALAH SEORANG YANG TELAH DILATIH DAN MENGIKUTI PEMBELAJARAN SECARA LANGSUNG MENGENAI PRODUK..

Sharing is CARING

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820


No comments:

Post a Comment

Terima QASEH