Friday, April 24, 2015

SISTEM IMUNISASI Kanak-kanak

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Apa itu SISTEM IMUNISASI kanak-kanak?


Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta-juta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita. Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana imun kita dapat mengenalpastinya dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.

Apakah sistem imun?

Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.

Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.

Alhamdulillah...
Pelanggan tetap yang amalkan pengambilan #qasehgoldJUNIOR untuk anak syurga nya..
Kini kurang mengambil ubat-ubatan hospital mahupun klinik..Kandungan madu serta kurma dan makanan-makanan sunnah yang lain sangat membantu dalam menguatkan sistem imunisasi anak-anak..

** #SISTEM_IMUNISASI lebih kuat

Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita..

Hubungi :-
Yusnorsyazana
#KonsultanQasehGold
013-2892820

No comments:

Post a Comment

Terima QASEH