Tuesday, December 6, 2016

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH!!!


Nak Anak-anak sihat??

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Kesihatan anak-anak merupakan tunggak keceriaan sesebuah keluarga.
Mengapa pula begitu?
Cuba kita lihat sekeliling kita, apa yang kita buat..apa yang kita fikir sehingga lah kepada apa yang kita beli, pasti kita akan teringatkan anak-anak di rumah kan?

Ketawa mereka..
Gelak mereka..
Rengekan mereka..
Tangisan mereka..

Semuanya berSEBAB. Setuju?
Mereka adalah amanah Allah kepada semua ibu bapa untuk mendidik, untuk sama-sama menghormati antara satu dengan yang lain, serta memberi keceriaan kepada sesebuah keluarga.

Beruntungnya kita diberikan amanah ini.

Apa yang akan terjadi apabila anak-anak mula sakit, demam, selsema, batuk, sembelit, keletihan, lesu tidak bermaya...kita sebagai ibu bapa pasti risau dan mula rasa tidak tenang memikirkan perihal kesihatan anak-anak. Ditambah lagi dengan perbelanjaan kesihatan mereka sekiranya dimasukkan ke dalam wad dan lain-lain. Allahuakbar. Sedihnya hati ibu bapa tiada siapa boleh bantu kan?

Nak anak-anak sihat??

Kenapa Anak-Anak perlukan QASEHGOLD JUNIOR?
======
🎀Bantu tingkatkan TENAGA
🌸Mencerdaskan MINDA
🎀Menyokong TUMBESARAN yang lebih sihat dan kuat
🌸Membekalkan SISTEM IMUN yang lebih mantap
🎀Menyihatkan USUS serta melegakan masalah SEMBELIT
.
Apa tunggu lagi?
Rasanya?? Sangat sedap sebab Qasehgold Junior adalah FORMULASI MAKANAN SUNNAH UNGGUL KHAS BUAT ANAK-ANAK DENGAN RASA SEMULAJADI KURMA,MADU, BADAM dll.

Hubungi kami segera.
PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN FREEGIFT MENARIK!

Salam Qaseh sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
STOKIS QASEHGOLD
013 289 2820
cutiecolour.shoppy.my

Monday, December 5, 2016

Nasihat dari TukangFikir

Khas untuk pemain-pemain
MLM seantero bumi Malaya.

Downline anda bukan kuli yang
boleh disuruh sesuka hati dan dikerah
sesuka hati.

Upline anda bukan pusat wellfare.
Boleh mintak belanja sesuka hati,
boleh mintak sponsored sesuka hati.

Upline dan Downline saling
memerlukan.

Tugas UPLINE hanya mendorong,
bukan buatkan kerja DOWNLINE.

Tugas DOWNLINE adalah belajar bagaimana
buat betul-betul bukan asyik mintak
tolong UPLINE.

Anda saling memerlukan.
Berkerjasamalah. Bukan saling
kerja mengerjakan.

#tukangfikir

Alhamdulillah...Syukur ada jemaah QASEH yang sentiasa bersama-sama..
Tiada istilah Downline dan Upline kerana kita adalah R.A.N.I.A!

SALAM QASEH SAYANG
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
STOKIS QASEHGOLD
013 289 2820
cutiecolour.shoppy.my

WAHHH...PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH!!

Ibu² semua, Cuti sekolah dah nak habis!  Baju, kasut, beg, buku sekolah semua dah beli.Bagaimana dengan Persediaan Minda anak-anak anda?. Jangan diabaikan. Proses pembelajaran anak² zaman kini tak sama macam kita dulu². Sekarang anak² didedahkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT ni memerlukan anak² berfikir di luar kotak. Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Menyelesaikan masalah mengikut cara mereka sendiri tapi tidak melanggar norma hidup.

Bantulah anak² anda dengan membekalkan khasiat yang baik untuk mental mereka. Makanan seperti kismis, badam, bayam memang terbukti dalam meningkatkan kecergasan otak.

Kalau nak tahu, Qaseh Junior dapat membantu anak-anak dari aspek :-
✔️kecergasan minda
✔️kesihatan anak2
✔️Sistem imun anak berkembang pesat
✔️Tumbesaran
✔️Tinggi serat.

Dapatkan free gift  exclusive dengan belian Qaseh Gold Junior  sehingga stock masih ada tau!

Terbaik untuk anak-anak kita.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
STOKIS QASEHGOLD
013 289 2820
cutiecolour.shoppy.my

Wednesday, November 23, 2016

Stress vs Susu Meriah

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..Masih diberi kesempatan untuk bersama berkongsi pengalaman dengan rakan pembaca sekalian. Lama batul rasanya yus tak kongsikan tips penyusuan kan?

InsyaAllah pada kali ni yus nak share sikit tentang pengalaman untuk meningkatkan penghasilan susu walaupun sdg stress dan juga walaupun anak telah meningkat umurnya.

Kebelakangan ni, memang dibebani dengan kerja yang tak henti-henti. Tesis pun terbengkalai lagi (sedih). Banyak lagi yang belum dapat cover (sedih lagi). Hurm berganda-ganda stress nya..Bagaimana pula nak hasilkan susu yang byk di kala stress begini? Demand anak semakin tinggi (dah besar kan) walaupun dah makan..tapi susu ibu tetap yang utama kan?



Jom kita tengok balik checklist apa yang perlu dilakukan bila kita stress dan dalam masa yang sama perlu juga MEMERAH SUSU IBU supaya sentiasa MERIAH!

1. Dengar alunan zikir/Bacaan Alquran/soft music

Selalu kan dengar tips yang pertama ni..ya! Tapi memang ia sangat2 membantu dalam membaiki kembali mood dan juga emosi kita..Apabila emosi kita lebih tenang, lebih stabil dan lebih gembira, InsyaAllah pencetus hormon pengeluaran susu ibu akan berfungsi dengan lebih baik! ^_^

2. Menonton video KEJAYAAN PENYUSUAN ibu yang lain

Dengan menonton video kejayaan ibu-ibu menyusu yang lain dapat menjadikan diri kita lebih termotivasi danlebih bersemangat untum memberikan yang terbaik untuk si kecil kita kan. Adakala di waktu kita dibebani kerja yang tak henti-henti tu, kita juga perlukan MASA UNTUK BEREHAT kan? Di waktu itu lah kita ambil kesempatan untuk menonton samada dari youtube atau dari cd dan sebagainya untuk membantu diri kita supaya lebih gembira melihat kejayaan orang lain.

Nak best lagi, sewaktu menonton tu, mommies pasang siap2 corong pam tu..masa sengih2 nanti sure tak sedar botol semakin penuh!

3. Makan apa yang digemari tetapi BERKHASIAT!


Pilihan makanan yang tepat juga menyumbang kepada kestabilan emoai seseorang ibu. Contohnya si ibu mengambil makanan yang terlalu pedas, perut pun mula memulas, bibir pula pijar, kita rasa selesa ke? Hihi..fikir2kan la ye.. Di waktu kita stress, makanan yang terbaik untuk diambil adalah dari sumber kekacang mahupun yang manis seperti coklat tanpa gula! Ia sedap, sihat dan juga menjadikan kita lebih gembira kan?

4. Jadual pemerahan susu ibu yang bersesuaian

Kadangkala si ibu yang berkerjaya ni memang tahap sibuknya melampau-lampau sehingga terlupa jadual sesi pemerahan. Untuk memudahkan kita dalam mematuhi jadual pemerahan, kita boleh juga membuat aturan/ jadual yang bersesuaian mengikut masa kita. Contohnya pada 1 hari tu kita ada beberapa mesyuarat yang perlu dihadiri, sediakan keperluan pam dan juga power bank untuk kita perah susu apabila tiba waktu rehat ataupun ambil sedikit masa untuk kita memerah walaupun 10 minit! Minta izin kepada bos ya.InsyaAllah doakan yang baik-baik saja agar dilapangkan dada bos untuk kita memerah susu. Boleh kan? Kita ada hak untuk memberitahu tentang perkara ini kepada ketua kita.

Selain itu, sebaiknya jadual pemerahan di pejabat perlulah sekurang2nya 2-3 kali..jangan kurang dari tu! Kurang demand, kurang lah supply. Ingat ya! ^_^


5. Doa dan tawakal

Yang ni memang tak perlu dikata la kan..memang setiap orang akan buat dan laksanakan. InsyaAllah apa sahaja yang dilakukan perlu diselesaikan dengan doa dan tawakal kepada Allah supaya apa yang kita lakukan itu dipermudahkan dan bertambah-tambah rezeki untuk si kecil kita.

Saya sayang ibu menyusu,
LOVE..LOVE..LOVE..

*** susu anda merudum di waktu bekerja?
Saya pakar dalam membantu ibu menyusu berkerjaya untuk melancarkan sesi penyusuan susu ibu kepada bayi.

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Sah Ana Edar
PAE/10078-I
013 289 2820
http://yusnorsyazana.blogspot.my

TIPS Susu Ibu : Ibu Bertenaga

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan!
Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips kecantikan  kesihatan yang perlu ada sebagai Ibu yang menyusukan anak. Ye la..Yus bz (bz sgt! kan) Tapi tu bukan alasan untuk yus hentikan perkongsian ini, cuma ia agak berjarak la.

Ok, kali ni yus nak kongsikan bagaimana untuk menghasilkan susu dengan lebih efektif dan lebih kualiti nya. Biasanya kita akan dapat lihat susu ibu dari segi kuantiti bukan kualiti. Penting ke KUALITI tu sampaikan banyak produk-produk di luar sana mempromosikan barangan supplement penyusuan XYZ dan menganggap ia sebagai satu keperluan (wajib) bagi ibu menyusu lebih-lebih lagi bagi ibu baru yang masih tercari-cari asas penyusuan yang betul.

Sebenarnya, ramai juga yang pm yus dan berkongsi masalah mengenai makanan tambahan yang mereka ambil. Sebagai seorang Ibu Menyusu, yus tidak menyangkal mengenai keperluan makanan tambahan namun ia perlulah disertai dengan ILMU PENYUSUAN bahawa ia hanya merupakan BEKALAN TENAGA buat si ibu, bukan sebagai BOOSTER SUSU IBU yang digembar gemburkan. (bahaya kan sekiranya kita tidak tahu asas penyusuan, ia boleh menjadi satu faktor kemurungan juga!)

Tahukah anda bahawa Ibu menyusu boleh menghasilkan secara purata sehingga 20-30oz susu sehari? Badan yang letih dan lesu akan menganggu penghasilan hormon penggalak susu ibu dan boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu terganggu. Sekiranya seseorang ibu menyusu ibu mempunyai kehidupan yang agak sibuk dan tidak mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi, ia juga boleh merencatkan hormon tersebut. 



Jika masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian (tanpa usaha dengan pumping, atau rangsangan terhadap payudara, makan makanan bernutrisi tinggi), ia boleh menyebabkan penghasilan susu ibu juga terjejas. 

Namun begitu, sekiranya ibu sentiasa bertenaga dan ceria, masalah ini mungkin tidak akan berlaku jika :-

  • Ibu memenuhi keperluan dan mengamalkan konsep 'demand' VS 'supply'
  • Makan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan
  • Minum air secukupnya
  • Berikhtiar dengan pemakanan sunnah (contohnya QASEH GOLD) yang lebih semulajadi.
  • Berfikiran POSITIF (ini mestilah!)
Ibu yang bertenaga boleh menggalakkan penghasilan hormon penggalak susu yang lebih baik. Tidak kiralah produk apa sekalipun diambil, jika ia tidak disertai dengan usaha memerah dan sebagainya, ia tidak akan jadi apa-apa.

InsyaAllah jika diberi peluang yus akan kongsikan tips lagi ya!

Salam sayang buat ibu menyusu yang hebat!


YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS


Stokis Sah Ana Edar
PAE/10078-I
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.my

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PRODUK QASEHGOLD, boleh terus hubungi saya. Konsultasi Penyusuan akan diberikan.

Tips Mujarab untuk Bayi Yang Suka Menangis

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Ada yang ibu-ibu rasa stress ketika menyusukan bayi?
Pasti Ibu rasa tidak selesa dan sering dilanda kemurungan disebabkan oleh beberapa faktor. Antara sebab utama adalah bayi asyik kelihatan tak cukup susu serta bayi yang suka merengek. Pantang diletak atau ditinggalkan sendirian.

Tahukah kita atau sedarkah kita bahawa bayi yang kita kandungkan selama 9 bulan 10 hari ini sentiasa berada dekat dengan hati dan jantung kita.

Di mana tu? Pastinya di dalam rahim kita. Apa yang kita makan, apa yang kita dengarkan, apa yang kita nalurikan semuanya bayi kita dapat merasai bersama. betul kan?
Sebab itu sewaktu kehamilan, Ibu-Ibu digalakkan untuk sentiasa berzikir dan juga membaca Al-Fatihah sebagai 'perlindungan diri' dan juga secara tidak langsung dapat menyalurkannya kepada bayi anda.
Jika bayi ibu sudah lahir ke dunia dan si comel tersebut 'gemar' menangis dan merengek, cuba bacakan Al-Fatihah dan Selawat ke atas Nabi di atas ubun-ubun bayi..
Sambil-sambil tu kita pesan nasihat yang baik-baik kepada mereka juga.
Ibu juga pasti rasa tenang.

Untuk memberikan lebih ketenangan, Ibu-ibu digalakkan untuk mengambil makanan yang baik-baik seperti QASEHGOLD ADINDA yang mempunyai banyak khasiat serta ia adalah salah satu makanan kegemaran Rasulullah!

Sebab QasehGold Adinda merupakan FORMULASI 15 MAKANAN SUNNAH yang sangat baik untuk kesihatan dan kesihatan emosi si Ibu.
InsyaAllah!


YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Stokis Sah Ana Edar
PAE/10078-I
013 289 2820